PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

MAKLUMAN BUKU REKOD BACAAN PELAJAR (BUKU REKOD NILAM)

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada sekolah ahli PKG Selandar,

Sukacita dimaklumkan Buku Rekod Bacaan Pelajar (Buku Rekod Nilam) serta lain-lain bahan pusat sumber sekolah mulai tahun 2012 akan dijual di Unit PRA Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka oleh Persatuan Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM).

Oleh yang demikian, pihak tuan dikehendaki mematuhi syarat sepertimana yang telah ditetapkan untuk menggunakan Buku Rekod Bacaan Pelajar/Buku Rekod NILAM keluaran PUSTAKAM sahaja dan tidak dibenarkan menggunakan Buku Rekod Bacaan Pelajar dari keluaran lain sebagai bahan Rekod Bacaan untuk aktiviti program NILAM sekolah-sekolah Negeri Melaka.

Sebarang kesulitan/pertanyaan, sila hubungi : 
Pn. Hjh. Rosni Bt. Leman (Setiausaha PUSTAKAM) 013-3297744
Tn. Hj. Abdul Rahman B. Yusof (Bendahari PUSTAKAM) 013-6184321
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment