PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

BENGKEL KERJA PERLUASAN PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) BAGI SUBJEK SEJARAH NEG. MELAKA 2014

Tarikh : 29 - 30 April 2014
Masa : 2 - 5 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

PKG Selandar telah mengadakan Bengkel VLE pada 29 hingga 30 April 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Selandar. Bengkel diketuai oleh Ketua PKG Pn. Zakiah Bt. Abu Bakar dan Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Melaka Pn. Zanariah Bt. Ali.  Bengkel ini dihadiri oleh guru subjek Sejarah bagi 25 buah sekolah daerah Jasin.

Bengkel ini bertujuan untuk pendekatan lebih mendalam mengenai VLE kepada semua guru-guru di sekolah. Selain itu, pendekatan ini bertujuan untuk memperluaskan penggunaan pembelajaran alam maya tidak mengira guru yang mengajar subjek selain ICT.

BENGKEL PENGGUNAAN APLIKASI SISTEM PENGURUSAN INISIATIF ICT PKG MELAKA 2014

Tarikh : 10 April 2014
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

Bengkel ini diketuai oleh Ketua PKG, Pn Zakiah Bt Abu Bakar dan dihadiri oleh 13 orang mantan Guru ICT sekolah ahli PKG Selandar.

Bengkel ini bertujuan untuk pendedahan awal kepada Guru ICT bagaimana mengisi SPICTS ini. Bengkel ini berjalan dengan lancar.



KHIDMAT BANTU ICT SMA JAIM ASSYAKIRIN

Tarikh : 08 April 2014
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00  petang
Tempat : Bilik Komputer SMA Jaim Assyakirin

Khidmat bantu ini diketuai oleh Ketua PKG Pn Zakiah Bt. Abu Bakar, Pegawai BTPN Pn. Zanariah Bt. Ali, Guru ICT Pn. Hasnah Bt. Mohd Daud dan barisan 8 Juruteknik Komputer daerah Jasin. Khidmat bantu adalah untuk memasang rangkaian LAN di sekolah tersebut. Jumlah rangkaian sebanyak 23 port dan 23 kable untuk dipasang pada ke semua PC.
Majlis penutup dirasmikan oleh Penolong Pengarah En. Nor Hashim B. Hj Hasan. Khidmat bantu ini berjalan dengan lancar dan terima kasih diatas kerjasama pasukan Juruteknik Komputer dan SMA Jaim Assyakirin.

KAJIAN AUDIT PRESTASI TERHADAP PERKHIDMATAN 1BESTARINET DAN PEROLEHAN PERALATAN ICT KE MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH NEGERI MELAKA

Salam 1 Malaysia,

Untuk makluman tuan, pihak Bahagian Audit Dalam dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang melaksanakan pengauditan tentang prestasi terhadap perkhidmatan 1BestariNet dan perolehan peralatan ICT ke makmal komputer sekolah-sekolah seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dimohon untuk memberikan maklumat tentang perkara di atas secara online melalui aplikasi Sistem Pengurusan Inisiatif ICT Sekolah (ICTS) dengan menggunakan Internet Explorer seperti berikut :
Alamat URL : http://www.moe.gov.my/bad/icts
ID Pengguna (sekolah) : kod sekolah (contoh : mba0025)
Kata laluan : password
Manual pengguna Sistem Pengurusan Inisiatif ICT Sekolah (ICTS) juga boleh dimuat turun pada pautan dibawah : 
Manual Sistem Pengurusan Inisiatif ICT Sekolah (ICTS).
Pihak tuan juga dimohon agar pengisian tersebut dapat diselesaikan pada atau selewat-lewatnya 13 April 2014 supaya pihak Bahagian Audit Dalam dapat membuat analisa tentang perkara tersebut. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus kepada En. Annuar B. Harun, 03-88845451/03-88845342(F).

Kerjasama tuan amatlah kami hargai. Terima kasih.