PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

MAKLUMAN BUKU 'INDAHNYA BAHASA ARAB' UNTUK PELAJARAN J-QAF DI SEKOLAH

Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada sekolah ahli PKG Selandar,

Sukacita dimaklumkan Persatuan Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM) telah menerbitkan buku 'Indahnya Bahasa Arab' untuk kegunaan pelajaran J-Qaf di sekolah. Pelancaran buku ini telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka semasa pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri.
Buku-buku tersebut (10 tajuk) dijual dengan harga RM90.00 satu set. Sekolah diminta mengambilnya (2 set setiap sekolah) di Perpustakaan BTPN Melaka, Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, Melaka. Sekolah bolehlah menggunakan peruntukkan wang PCG atau peruntukkan PCG Panitia Pendidikan Islam untuk tujuan pembayaran.
Sehubungan dengan itu, pembayaran boleh dibuat atas nama 'BENDAHARI PUSTAKAM' untuk tindakan selanjutnya. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tn. Hj. Abdul Rahman B. Yusof, Bendahari PUSTAKAM (013-6184321).

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment