PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

Taklimat Profesionalisme Sekolah Ahli PKG Selandar 2015

Tarikh : 24 Mac 2015
Masa : 2 hingga 5 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

Taklimat ini diketuai oleh Ketua PKG Selandar, Puan Zakiah Binti Abu Bakar. Dihadiri oleh 13 orang yang terdiri daripada pentadbir. Taklimat ini bertujuan untuk membentangkan pencapaian sekolah - sekolah ahli PKG Selandar sepanjang tahun 2014.

Terdapat beberapa isu yang dibangkitkan iaitu FROG VLE, NILAM, SSQS dan banyak lagi. Ketua PKG memberi panduan kepada pentadbir tersebut untuk terus maju dan mencapai target yang harus dicapai mengikut kehendak kementerian.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada peserta yang hadir. Jasa anda amat kami hargai.

Pemantauan Verifikasi Peralatan ICT Sekolah

Tarikh : 17 Mac 2015
Masa : 3.40 petang
Tempat : SK Selandar

1. Terdapat 11 aduan yang diterima.
2. Semua peralatan telah diperiksa oleh JTK PKG Selandar.
3. 1 aduan telah selesai.


Tarikh : 19 Mac 2015
Masa : 2.35 petang
Tempat : SJKC Kiow Nam

1. Terdapat 12 aduan yang diterima.
2. Semua peralatan telah diperiksa oleh JTK PKG Selandar.
3. 1 aduan didapati telah dilupuskan.