PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

Bengkel Pembinaan Blog PKG Negeri Melaka

Blog adalah ringkasan bagi weblog dan ia merupakan satu jenis web yang boleh dikategori / diumpamakan sebagai online journal ataupun online diari yang mengandungi cetusan rasa, pendapat peribadi, perkongsian maklumat atau dalam apa sahaja bentuk penulisan. Blog biasanya sentiasa dikemaskini setiap hari mengikut kemahuan pemiliknya.

Ia berkonsepkan post atau artikel yang mempunyai kronologi atau dikenali sebagai Reverse Chronical Order. Dalam maksud mudah, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan seterusnya. Kebiasaannya blog dimiliki oleh individu dan kandungannya pula sentiasa dikemaskini serta mempunyai fungsi komen untuk membolehkan pembaca memberikan sebarang komen bagi setiap artikel yang diterbitkan.

Sehubungan itu, BTPN Melaka telah mengambil inisiatif mengelolakan satu perbengkelan khas membina laman blog untuk semua Pusat Kegiatan Guru (PKG) Negeri Melaka. Seramai 16 orang Juruteknik Komputer PKG telah menyertai bengkel tersebut yang diadakan di Makmal Pengkomputeran PKG Cheng pada 9 hingga 10 Disember 2010 yang lalu.

KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)

Di bawah Memorandum Persefahaman Kementerian Pelajaran Malaysia dan Astro pada 3 November 2008 , persetujuan telah dicapai agar ASTRO TV membekalkan 11 saluran dalam PAKEJ KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH iaitu : RTM 1 , RTM 2 , ASTRO TVIQ , ASTRO Ceria, ASTRO Awani , Bernama TV , History , Disney , National Geographic , Discovery dan Discovery Science.


Pada September 2010 , ASTRO telah menambah 2 saluran ke pakej sekolah iaitu ASTRO Xiao Tai Yang dan Animal Planet. ASTRO juga telah menawarkan saluran sementara iaitu Saluran 100-Astro Tutor TV yang bermula 18 Julai hingga 23 September 2010 khusus untuk membantu pelajar UPSR menghadapi peperiksaan.


Satu lagu saluran ( ASTRO Arena – Saluran 801 ) ditawarkan kepada pakej sedia ada yang memaparkan sukan tempatan secara langsung, menjadikan kesemuanya 14 saluran tidak termasuk saluran sementara.

Sehubungan dengan itu, Pengetua / Guru Besar dipohon untuk memaklumkan kepada Guru Penyelaras TV-ASTRO dan semua guru-guru di sekolah agar dapat memanfaatkan program ini sebaik mungkin.

Sebarang masalah pemasangan, kerosakan, penerimaan isyarat pada set TV ASTRO yang dibekalkan, sila berhubung terus ke Bahagian Perkhidmatan Pelanggan ASTRO di talian : 1-300-82-0001.

SPPICTS Kutipan Ketiga

Kutipan data ketiga bagi SPPICTS bermula dari 19 September 2010 sehingga 8 Oktober 2010. Semua medan diwajibkan menjawab kecuali Pusat Akses dan Perkongsian Pintar hanya melibatkan sekolah yang telah ditetapkan sahaja.

Mohon kerjasama semua pihak bagi menjayakan kutipan kali ini. Semoga kutipan kali ini akan berjaya seperti kutipan sebelum ini.

Harap maklum.

Status Penarafan SSQS - 30.08.2010

** Klik untuk paparan lebih jelas

Terima kasih atas kerjasama semua GPB dan GICT sekolah ahli PKG Selandar kerana memberi kerjasama sepanjang penarafan ini berjalan . Jasa anda amat kami hargai .

Si Comel & Majalah Kuntum Ke SK Selandar , Melaka

Meriah dan semua pelajar berkongsi kegembiraan .. Dan berikut merupakan gambar yang sempat diambil ..

Akhir kata , terima kasih kami ucapkan kepada Majalah Kuntum kerana sudi hadir ke SK Selandar dan kami amat menghargainya. ;)

Smart School Qualification Standards (SSQS) 2010

Sila ambil maklum, penarafan aplikasi SSQS Online akan berlangsung dari 19 Julai Jam 10.00 pagi hingga 30 Ogos 2010 Jam 4.00 petang.

Program Penarafan Bintang berasaskan Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi Tahun 2010 akan dijalankan mulai 19 Julai hingga 30 Ogos 2010 melibatkan kesemua 305 buah sekolah di Negeri Melaka.

GPB / GICT diharap dapat mengambil tindakan terhadap perkara berikut sebelum 19 Julai 2010 :
  1. Muat turun dan mencetak Borang KPI SSQS 2010 dari Portal BTPN Melaka
  2. Memilih responden dan mengedarkan Borang KPI SSQS 2010
  3. Mengadakan taklimat tentang Teknik Pengisian Borang KPI SSQS 2010
  4. Menjalankan 'individual coaching' kepada responden
Perhatian : Data yang dimuat naik sebelum 19 Julai 2010 dianggap tidak sah.

Pengumpulan Data SPPICTS Bil 2/2010

20 Jun 2010 sehingga 9 Julai 2010

Untuk makluman semua yang terlibat dalam SPPICTS, semua sekolah
dikehendaki tanda dan menjawab semua dimensi yang ada iaitu:

1. Makmal Komputer
2. Capaian Internet
3. Perisian Kursus Pendidikan
4. Peralatan PPSMI
5. Perkongsian Pintar
6. EduWebTV
7. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran

Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi pegawai PKG untuk maklumat lanjut.

Pegawai Baru Di BTPN Melaka

Selamat datang diucapkan kepada 2 orang pegawai baru yang bertukar masuk ke BTPN Melaka.

EN SUHAILI BIN SULAIMAN - Pegawai Tadbir N27

EN MOHD FARID BIN MANAP - Juruteknik Komputer FT17

Jadual Baru Pengisian Data Maklumat SPPICTS 2010

Makluman kepada GPB/GPICT sekolah ahli PKG Selandar, tarikh bagi pengisian data bagi SPPICTS yang terbaru adalah 19 April 2010 sehingga 6 Mei 2010 . Tetapi, kutipan bagi kali ini mengikut negeri masing-masing bagi mengelakkan trafik yang pernah berlaku sebelum ini. Bagi sekolah-sekolah di negeri Melaka adalah pada 16 April 2010 (Jumaat).

Oleh itu, sekolah-sekolah ahli diminta mengikuti tarikh tersebut bagi memberi laluan kepada sekolah di negeri lain untuk mengisi data. Harap Maklum.

Penangguhan SPPICTS 1/2010

Perhatian~!!

Kepada Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT sekolah ahli PKG Selandar, untuk makluman tuan/puan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah telah mengalami masalah teknikal dan kutipan data ditangguhkan sementara waktu. Pihak BTP akan memaklumkan setelah masalah dapat diatasi.

Oleh itu Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT sekolah ahli PKG Selandar diminta agar tidak menggunakan sistem ini untuk sementara waktu untuk memberi laluan untuk penyelenggaraan dilakukan.

Lanjutan mengenai SPPICTS

Ketua Unit Data, Sektor Dasar BTP telah menghantar email mengenai SPPICT keseluruhan dan amat mendukacitakan bahawa keputusan pungutan tidak mencapai sasaran yang dikehendaki iaitu 5.37% sahaja setelah SPPICTS dibuka 9 hari yang lepas.

Kepada GPB/GICT sekolah ahli PKG Selandar, sila ambil maklum bahawa pungutan data akan ditutup pada 9 April 2010 dan tidak akan dilanjutkan lagi. Mohon kerjasama anda untuk mengisi data tersebut sebelum tarikh tutup untuk mengelak dari gangguan trafik pada tarikh akhir tersebut.

Pemantauan SPPICTS oleh PKG

Dimaklumkan bahawa Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah sedang dilaksanakan bermula dari 21 Mac hingga 9 April 2010. Terdapat beberapa kesilapan dilakukan oleh pihak sekolah ketika menjawab kerana terdapat sekolah yang tidak menjawab dimensi baru. Dimensi yang perlu dijawab adalah seperti berikut;

1. Pusat Akses Sekolah (hanya sekolah terlibat)
2. Makmal Komputer (Wajib dijawab)
3. Capaian Internet (Wajib dijawab)
4. Perisian Kursus (wajib dijawab)
5. Peralatan PPSMI (Wajib dijawab)
6. Perkongsian Pintar (hanya sekolah terlibat)
7. EduwebTV (Wajib dijawab)
8. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran (Wajib dijawab)

Sila klik Disini untuk maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.

Majlis Jasamu Dikenang Wawasanmu Berterusan

Majlis Persaraan Tn. Hj. Sa'adon B Baharum telah diadakan pada 22 Mac 2010 ( Isnin ) pada 11.00 pagi bertempat di Dewan SMK Selandar. Aturcara majlis berjalan dengan lancar dan begitu meriah sekali dengan persembahan dari pelajar-pelajar sekolah tersebut. Berikut merupakan gambar yang sempat diambil :

Adik-beradik ni...=) (Ting.4 dan Ting.5)

Persembahan Nasyid...sungguh menarik =)

Tn. Hj. Isa B Hj. Abu, Pengarah JPN Melaka
turut hadir dan memberi ucapan

Kutipan Data SPPICTS 2010

Tarikh kutipan data Pemantauan Inisiatif ICT di Sekolah bagi 2010 telah ditetapkan seperti berikut :

Kutipan Pertama : 21 Mac sehingga 09 April 2010
Kutipan Kedua : 20 Jun sehingga 09 Julai 2010
Kutipan Ketiga : 19 September sehingga 08 Oktober 2010

Aplikasi SPPICTS boleh diakses secara online untuk mendapat makluman terkini dan muat turun manual pengguna.

Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran (KPKPM)

Berita baik untuk para ibu bapa, warga pendidik, para pelajar serta rakyat Malaysia seluruhnya. Kementerian Pelajaran membuka ruang lebih luas untuk pertanyaan kita semua berkaitan perkhidmatan pendidikan di negara ini.

Datuk Seri Hishamuddin telah melancarkan Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPKPM) yang merupakan pusat sehenti yang lebih sistematik dan bersepadu bagi mengendalikan pertanyaan, maklum balas dan menerima cadangan. KPKPM ini boleh diakses melalui melalui 3 saluran:

  1. telefon: 03-7723 7070
  2. e-mel : kpkpm@moe.gov.my
  3. laman web : www.moe.gov.my.
Katanya, ia merupakan fasa awal penambahbaikan sistem penyampaian di kementerian itu yang akan dikaji dan diperbaiki dari semasa ke semasa, termasuk kemungkinan menukar nombor itu kepada nombor talian bebas tol.

Sistem yang diuruskan Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui kontrak bernilai RM8 juta bagi tiga tahun itu dibuka mulai hari ini dan akan beroperasi setiap Isnin sehingga Jumaat bermula pukul 8 pagi sehingga 5.30 petang kecuali cuti umum.

(Sumber: Kenyataan akhbar - 06-02-2009)

Semoga ini memberi peluang kepada ibu bapa khususnya, untuk bertanya berkaitan isu-isu permohonan, semakan dan rayuan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Seni atau juga Sekolah Sukan Malaysia.

Sebagai makluman, MRSM bukan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia, ia adalah sub-agensi MARA di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi.

Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

Dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka akan menganjurkan bengkel berkenaan pada butiran seperti berikut :

Tarikh : 8, 9 dan 10 Mac 2010
Hari : Isnin, Selasa dan Rabu
Masa : 2.00 - 5.00 ptg
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Jasin,
d/a SK Jasin, 77000 Melaka
Pendaftaran : 2.15 ptg

Tujuan bengkel ini ialah untuk membantu mempertingkatkan kefahaman dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah dan membudayakan penggunaan Pusat Sumber Sekolah di kalangan guru dalam pembelajaran seterusnya membantu mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar.

Berikut senarai peserta bengkel sekolah ahli PKG Selandar :

1. NORAZLINA BINTI RAMLAN
2. LATIPAH BINTI JANTAN
3. CHOONG LEE CHING
4. NOORAZLINA BINTI AB KARIM
5. KAMIL BIN MOHD ISKAH
6. IDZIHAR BINTI KAMIL

Taklimat Pengurusan dan Penggunaan Media dan ICT

Tarikh : 2 Mac 2010
Hari : Selasa
Masa : 2.00 - 5.00 ptg
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Selandar



Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan dari aspek penggunaan dan pengurusan bahan pelbagai media dan ICT di peringkat sekolah. Ini akan membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bestari yang berkesan.

Terima kasih diatas kehadiran GPB/GICT ke taklimat ini dan kerjasama anda amat kami hargai.

Pengenalan Pusat Kegiatan Guru Selandar


Perancangan penubuhan Pusat Kegiatan Guru telah dibuat oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pusat ini pada mulanya dikenali dengan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD).

Ia bermula pada awal tahun 1986 dengan pembekalan peralatan secara berperingkat bagi menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran serta memberi perkhidmatan kepada guru-guru di sekolah yang terlibat.

Berdasarkan kepada konsep, objektif dan fungsi yang dijalankan oleh pusat ini, perancangan pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam sidangnya pada 26 Julai 1990 telah bersetuju supaya nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah ditukar kepada nama Pusat Kegiatan Guru(PKG). Oleh itu, PKG adalah sebuah pusat yang berperanan sebagai Pusat Kegiatan Profesional Guru.

Perlaksanaan Sistem I-Nilam secara online

Dimaklumkan kutipan data NILAM secara online boleh dilaksanakan oleh GPM, Guru Data, Guru Penyelaras NILAM dan Guru NILAM berkuatkuasa mulai 18 Februari 2010.


Responsibility
  1. GPM - Mendaftar/mengemaskini maklumat pengguna peringkat sekolah dan memberi tahap capaian sistem kepada pengguna samaada sebagai Guru Data, Guru Penyelaras NILAM atau Guru NILAM.
  2. Guru Data - Mendaftar/mengemaskini maklumat murid dan kelas.
  3. Guru NILAM - Merekod/mengemaskini jumlah bacaan terkumpul setiap murid setakat 31 Disember 2009 dan jumlah bacaan bulanan murid setiap hujung bulan.
  4. Guru Penyelaras NILAM - Mengesahkan data NILAM sekolah yang direkodkan oleh Guru Nilam.