PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

ID VLE 1BestariNet Sekolah Ahli PKG Selandar

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman tuan/puan, sebanyak 10104 sekolah telah mempunyai ID Frog VLE 1 BestariNet. Berikut adalah senarai emel sekolah mengikut group email dan kod sekolah untuk memudahkan pihak PKG Selandar berkomunikasi dengan sekolah ahli.

Sekian, terima kasih.

SchoolName GroupEmail SchoolEmail
SK SELANDAR sekolah.MELAKA@1bestarinet.yes.my MBA1003@1bestarinet.yes.my
SK BUKIT SENGGEH sekolah.MELAKA@1bestarinet.yes.my MBA1004@1bestarinet.yes.my
SK JUS sekolah.MELAKA@1bestarinet.yes.my MBA1005@1bestarinet.yes.my
SK BATANG MELAKA sekolah.MELAKA@1bestarinet.yes.my MBA1006@1bestarinet.yes.my
SK SERI MACHAP sekolah.MELAKA@1bestarinet.yes.my MBA1076@1bestarinet.yes.my
SJK(C) KIOW NAM sekolah.MELAKA@1bestarinet.yes.my MBC1035@1bestarinet.yes.my
SJK(C) CHIAO CHEE sekolah.MELAKA@1bestarinet.yes.my MBC1038@1bestarinet.yes.my
SJK(C) ON LOK sekolah.MELAKA@1bestarinet.yes.my MBC1041@1bestarinet.yes.my
SJK(T) BATANG MELAKA sekolah.MELAKA@1bestarinet.yes.my MBD1051@1bestarinet.yes.my
SRA JAIM SELANDAR sekolah.MELAKA@1bestarinet.yes.my MCT1001@1bestarinet.yes.my
SMK SELANDAR sekolah.MELAKA@1bestarinet.yes.my MEA1077@1bestarinet.yes.my
SEK.MEN.ARB.ASSYAKIRIN sekolah.MELAKA@1bestarinet.yes.my MFT1002@1bestarinet.yes.my
SBP INTEGRASI SELANDAR sekolah.MELAKA@1bestarinet.yes.my MRA1001@1bestarinet.yes.my

Status Rangkaian Setempat (Local Area Network-LAN) Sekolah Ahli PKG Selandar

Tarikh Tutup Kemaskini : 08 Oktober 2014

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Perhatian : Juruteknik Komputer Sek. Ahli PKG Selandar

Diminta untuk mengemaskini data berhubung maklumat Status Rangkaian Setempat (LAN) sekolah untuk melaksanakan penilaian secara terperinci terhadap pelaksanaan Projek Perkhidmatan 1BestariNet untuk fasa yang seterusnya.
PERINGATAN : Jangan mengubah apa-apa format dan tidak mengubah bahagian sekolah lain. Data ini amat penting dan diminta patuh pada arahan ini. TQ
Dibawah adalah pautan ke pengkalan data tersebut. Kerjasama anda amatlah dihargai.


Khidmat Bantu Bersepadu ICT Sek. Ahli PKG Selandar 2014 - SRA Jaim Selandar

Khidmat Bantu ICT telah dijalankan di SRA Jaim Selandar pada 27 Ogos 2014. Khidmat bantu ini diketuai oleh Ketua PKG, Pn. Zakiah Bt. Abu Bakar dan Pegawai BTPN Melaka, Pn. Zanariah Bt. Ali. Turut membantu terdiri daripada 5 orang Juruteknik Komputer PKG Daerah Jasin, 10 orang Juruteknik Komputer Sekolah (Tetap dan sambilan)

Khidmat bantu ini bertujuan untuk membuat rangkaian LAN di makmal komputer sekolah tersebut. Berikut gambar dimana khidmat bantu sedang dijalankan.
Kami bagi pihak BTPN Melaka mengucapkan terima kasih diatas kerjasama semua Juruteknik Komputer yang terlibat didalam khidmat bantu ini. Ia telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Tidak lupa juga pada warga SRA Jaim yang banyak membantu melancarkan program ini. 

Smart School Qualification Standard (SSQS) Versi 3.0 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standard (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari, KPM yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Mesyuarat Flagship Coordinator Committe (FCC) yang dipengerusikan oleh Y Bhg. Ketua Setiausaha Negara.

Untuk makluman YBhg. Dato’ /Datin/Dr./Tuan/Puan, lndikator dan instrumen SSQS telah dibuat penambahbaikan dengan memasukkan elemen Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), pelantar pembelajaran maya (Virtual Learning Enviroment) dan Pusat Sumber Sekolah (PSS).

SPS telah diperluaskan ke semua sekolah mulai Julai 2013 dan semua sekolah telah disediakan dengan pelantar pembelajaran maya mulai 2012. lnstrumen penarafan SSQS versi 3 bagi tahun 2014 akan dijalankan secara atas talian menggunakan Portal Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka, sila klik http://btpnmel.moe.edu.my/ssqsv3/.

Penarafan SSQS ini akan diselaraskan, dipantau dan dibimbing pelaksanaannya oleh pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tempoh pelaksanaan penarafan bagi tahun ini adalah bermula dari 15 Julai 2014 sehingga 15 Ogos 2014. Jumlah Responden adalah 62 orang terdiri daripada Pentadbir, Guru GPM, Guru (30 orang) dan Murid (30 orang).

Pihak sekolah juga diminta untuk mengisi/daftar senarai nama responden dibawah:


Borang SSQS Bagi Pentadbir Sekolah, GPM, Guru dan Murid secara “OFF-Line” boleh muatturun pada pautan dibawah :

1. Instrumen SSQS Pentadbir

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ketua PKG Selandar, Pn Zakiah Bt Abu Bakar di talian 06-5251914 bagi mendapatkan maklumat lanjut. Sekian, terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri (*Sticky Post)

Kami warga PKG Selandar ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada seluruh warga
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka
Pusat Kegiatan Guru Negeri Melaka
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah
Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah
Pejabat Pendidikan Daerah Jasin
Sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Selandar
Ampun dan maaf kami pinta sekiranya terkasar bahasa dan terguris perasaan atas tutur kata dari pihak kami sepanjang urusan yang pernah kita bekerjasama.
Terima kasih.

Program Gerak Gempur Hand-Holding Penggunaan VLE di Sekolah Negeri Melaka

Program Gerak Gempur Hand-Holding Penggunaan VLE ini telah diadakan pada 16 hingga 25 Julai 2014 di sekolah-sekolah yang terpilih. Program ini bertujuan untuk memberi maklumat terkini penggunaan Frog VLE di sekolah-sekolah tersebut. Ia juga untuk membantu 3 peringat pengguna iaitu Pentadbir, Guru dan Pelajar bagi memastikan pengguna mempunyai pemahaman umum fungsi-fungsi navigasi dalam VLE dan boleh menggunakan VLE dengan baik.

Nama sekolah : Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Rembia
Pegawai yg ditugaskan : Pn. Zakiah Bt. Abu Bakar

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Rembia
Pegawai yg ditugaskan : Pn. Zakiah Bt. Abu Bakar

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Sungai Petai
Pegawai yg ditugaskan : Pn. Zakiah Bt. Abu Bakar

Nama sekolah : Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Machap Baru
Pegawai yg ditugaskan : Pn. Zakiah Bt. Abu Bakar

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Parit Melana
Pegawai yg ditugaskan : Pn. Zakiah Bt. Abu Bakar

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Melaka Pindah
Pegawai yg ditugaskan : Pn. Zakiah Bt. Abu Bakar

Nama sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal
Pegawai yg ditugaskan : Pn. Zakiah Bt. Abu Bakar

Sejuta penghargaan kepada sekolah yang terlibat bagi menjayakan program ini dengan lancar dan tiada masalah sepanjang program dijalankan. TQ

MODUL PEMANTAPAN VDI THIN CLIENT 2014

Berikut adalah modul untuk membantu sekolah menyelesaikan masalah yang dihadapi yang melibatkan makmal komputer VDI Thin Client.

Untuk sekolah yang mempunyai Makmal VDI Client Thin Server 
(SK Jus & SJKC On Lok)
1. Modul 1 Pemantapan VDI Thin Client 2014
2. Modul 2 Pemantapan VDI Thin Client 2014
3. Modul 3 Pemantapan VDI Thin Client 2014

Boleh juga didapati di bahagian Muaturun.

Terima kasih.

PEMASANGAN MULTI POINT SERVER UNTUK MAKMAL HP MULTISEAT

Untuk makluman awal, kedua-dua syarikat iaitu syarikat Trustwell Sdn. Bhd. dan syarikat Mutiara Smart Computing Sdn. Bhd akan melaksanakan pemasangan semula perisian multi point server pada host yang bermasalah di setiap sekolah untuk memastikan semua host berfungsi sepenuhnya.

Sehubungan dengan itu, mohon sekolah ahli PKG Selandar iaitu SK Seri Machap untuk membuat aduan kerosakkan item di meja bantuan syarikat masing-masing supaya syarikat masing-masing dapat menyediakan alat ganti semasa turun ke sekolah.

Tarikh pemasangan akan dimaklumkan untuk perhatian dan tindakan sekolah. Urus setia projek akan memohon kebenaran masuk ke sekolah untuk aktiviti pemasangan tersebut. Kerjasama tuan/puan amatlah kami hargai.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pihak PKG. Terima kasih.

BENGKEL KERJA PERLUASAN PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) BAGI SUBJEK SEJARAH NEG. MELAKA 2014

Tarikh : 29 - 30 April 2014
Masa : 2 - 5 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

PKG Selandar telah mengadakan Bengkel VLE pada 29 hingga 30 April 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Selandar. Bengkel diketuai oleh Ketua PKG Pn. Zakiah Bt. Abu Bakar dan Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Melaka Pn. Zanariah Bt. Ali.  Bengkel ini dihadiri oleh guru subjek Sejarah bagi 25 buah sekolah daerah Jasin.

Bengkel ini bertujuan untuk pendekatan lebih mendalam mengenai VLE kepada semua guru-guru di sekolah. Selain itu, pendekatan ini bertujuan untuk memperluaskan penggunaan pembelajaran alam maya tidak mengira guru yang mengajar subjek selain ICT.

BENGKEL PENGGUNAAN APLIKASI SISTEM PENGURUSAN INISIATIF ICT PKG MELAKA 2014

Tarikh : 10 April 2014
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

Bengkel ini diketuai oleh Ketua PKG, Pn Zakiah Bt Abu Bakar dan dihadiri oleh 13 orang mantan Guru ICT sekolah ahli PKG Selandar.

Bengkel ini bertujuan untuk pendedahan awal kepada Guru ICT bagaimana mengisi SPICTS ini. Bengkel ini berjalan dengan lancar.



KHIDMAT BANTU ICT SMA JAIM ASSYAKIRIN

Tarikh : 08 April 2014
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00  petang
Tempat : Bilik Komputer SMA Jaim Assyakirin

Khidmat bantu ini diketuai oleh Ketua PKG Pn Zakiah Bt. Abu Bakar, Pegawai BTPN Pn. Zanariah Bt. Ali, Guru ICT Pn. Hasnah Bt. Mohd Daud dan barisan 8 Juruteknik Komputer daerah Jasin. Khidmat bantu adalah untuk memasang rangkaian LAN di sekolah tersebut. Jumlah rangkaian sebanyak 23 port dan 23 kable untuk dipasang pada ke semua PC.
Majlis penutup dirasmikan oleh Penolong Pengarah En. Nor Hashim B. Hj Hasan. Khidmat bantu ini berjalan dengan lancar dan terima kasih diatas kerjasama pasukan Juruteknik Komputer dan SMA Jaim Assyakirin.

KAJIAN AUDIT PRESTASI TERHADAP PERKHIDMATAN 1BESTARINET DAN PEROLEHAN PERALATAN ICT KE MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH NEGERI MELAKA

Salam 1 Malaysia,

Untuk makluman tuan, pihak Bahagian Audit Dalam dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang melaksanakan pengauditan tentang prestasi terhadap perkhidmatan 1BestariNet dan perolehan peralatan ICT ke makmal komputer sekolah-sekolah seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dimohon untuk memberikan maklumat tentang perkara di atas secara online melalui aplikasi Sistem Pengurusan Inisiatif ICT Sekolah (ICTS) dengan menggunakan Internet Explorer seperti berikut :
Alamat URL : http://www.moe.gov.my/bad/icts
ID Pengguna (sekolah) : kod sekolah (contoh : mba0025)
Kata laluan : password
Manual pengguna Sistem Pengurusan Inisiatif ICT Sekolah (ICTS) juga boleh dimuat turun pada pautan dibawah : 
Manual Sistem Pengurusan Inisiatif ICT Sekolah (ICTS).
Pihak tuan juga dimohon agar pengisian tersebut dapat diselesaikan pada atau selewat-lewatnya 13 April 2014 supaya pihak Bahagian Audit Dalam dapat membuat analisa tentang perkara tersebut. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus kepada En. Annuar B. Harun, 03-88845451/03-88845342(F).

Kerjasama tuan amatlah kami hargai. Terima kasih.

TAKLIMAT PEMBANGUNAN PEMBESTARIAN SEKOLAH-SEKOLAH AHLI PKG SELANDAR

Tarikh : 06 Mac 2014
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

Taklimat diketuai oleh Ketua PKG, Pn. Zakiah Bt Abu Bakar. Taklimat berjalan dengan lancar dan terima kasih diatas kerjasama guru-guru yang hadir.

TAKLIMAT PROFESIONAL SEKOLAH-SEKOLAH AHLI PKG SELANDAR 2014

Tarikh : 04 Mac 2014
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

Taklimat bertujuan untuk memberi input kepada pentadbir sekolah mengenai pusat sumber sekolah dan ict sekolah.  Kerjasama dari semua sekolah ahli amat memuaskan.