PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

Sekalung Tahniah kepada Pengarah Pelajaran Melaka.


Warga kerja BTPN & PKG Negeri Melaka mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg Tn Hj Mohamad Yusoff bin Osman, Pengarah Pelajaran Melaka atas pengurniaan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk oleh TYT Yang DiPertua Negeri Melaka.

Status SPPICTS 06.10.2011 100%

Tahniah kepada GPB/GICT sekolah ahli PKG Selandar diatas keprihatinan anda untuk menjawab medan SPPICTS yang dijalankan minggu ini dan telah mencapai 100%.

Kerjasama anda amatlah kami hargai. Terima kasih. :)

PELANTIKAN PENGARAH BTP

Tahniah kepada :
PUAN ROSNANI BT MOHAMED ALI

sebagai
Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 20 September 2011.
Kami warga PKG Selandar  mengucapkan selamat maju jaya dan teruskan perjuangan.

Jasamu di kenang.

TN HJ MOHD NOR BIN HJ ABU
Ketua Penolong Pengarah BTPN Melaka
telah dilantik sebagai
Ketua Sektor Gred DG48 di BTPN Selangor
mulai 16 September 2011.

Selamat berjaya daripada kami warga PKG Selandar untuk beliau dan sentiasa mengingati kami disini setelah bertugas di BTPN Selangor. Terlalu banyak jasa beliau sepanjang berkhidmat di BTPN Melaka. Semoga kita berjumpa lagi. Selamat maju jaya.

Pengumpulan Data SPPICTS 2/2011

Kutipan Kedua : 11 September 2011 hingga 1 Oktober 2011

Untuk makluman semua yang terlibat dalam SPPICTS, semua sekolah dikehendaki tanda dan menjawab semua dimensi yang ada iaitu:

1. Capaian Internet
2. Pusat Akses Sekolah
3. Makmal Komputer
4. EduwebTV
5. Peralatan PPSMI
6. Perisian Kursus Pendidikan
7. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran
8. Perkongsian Pintar

Adalah diminta untuk mengemaskinikan maklumat penggunaan inisiatif ICT tersebut dalam SPPICTS yang boleh dilayari secara online.

Klik disini atau disini untuk ke Portal ICT KPM (SPPICTS). Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi pegawai PKG untuk maklumat lanjut.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011


Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami warga Pusat Kegiatan Guru Selandar , Melaka.

Status SSQS Sekolah Ahli terkini.

Klik untuk gambar lebih jelas.

Terima kasih dari pihak kami untuk ke semua sekolah ahli PKG Selandar yang memberi komitmen yang cemerlang untuk penarafan SSQS kali ini. 

Smart School Qualification Standards (SSQS) 2011

Penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) atau Kelayakan Standard Sekolah Bestari bagi Zon Tengah/Selatan (WP Kuala Lumpur/WP Putrajaya, N. Sembilan, Melaka dan Johor) akan dibuat bermula pada 25 Julai hingga 14 Ogos 2011.

Diharap sekolah ahli PKG Selandar mematuhi tarikh yang ditetapkan untuk kelancaran penarafan kali ini. Kerjasama anda amat dihargai. Jika ada sebarang masalah , sila hubungi pegawai BTPN/PKG yang berhampiran.

Klik disini untuk ke portal SSQS.

Untuk muaturun bahan-bahan Taklimat SSQS Pengetua & Guru Besar, sila kilik disini.

PKG Selandar dalam misi ubahsuai.

PKG Selandar dalam proses cat semula bahagian dinding di pejabat pentadbiran.




 
SEBELUM


SELEPAS


SPPICTS - 100%


**Klik untuk paparan lebih jelas.



Terima Kasih kami ucapkan kepada sekolah ahli PKG Selandar kerana telah memberi kerjasama dalam mengisi maklumat SPPICTS sehingga mencapai 100%.

Terima kasih juga kepada warga BTPN Melaka kerana telah memberi sokongan kepada warga PKG Selandar dalam memantau kutipan data SPPICTS.

Pengumpulan Data SPPICTS 1 / 2011

27 Mac 2011 sehingga 16 April 2011

Untuk makluman semua yang terlibat dalam SPPICTS, semua sekolah dikehendaki tanda dan menjawab semua dimensi yang ada iaitu:

1. Capaian Internet
2. Pusat Akses Sekolah
3. Makmal Komputer
4. EduwebTV
5. Peralatan PPSMI
6. Perisian Kursus Pendidikan
7. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran
8. Perkongsian Pintar

Adalah diminta untuk mengemaskinikan maklumat penggunaan inisiatif ICT tersebut dalam SPPICTS yang boleh dilayari secara online.

Klik disini atau disini untuk ke Portal ICT KPM (SPPICTS). Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi pegawai PKG untuk maklumat lanjut.

Support Ticketing System 2011

Salam 1 Malaysia.

Untuk pengetahuan sekolah ahli PKG Selandar , penyelenggaraan kerosakan peralatan ICT telah berjalan seperti biasa untuk tahun ini dan syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara peralatan ICT akan diberitahu kelak.

Bagi guru ICT/GPB atau Juruteknik Komputer (FT) sekolah , bolehlah membuat aduan kerosakan peralatan ICT pada Support Ticketing System (STS) seperti biasa. Sila pastikan tiket aduan di isi dengan mengikut format seperti dibawah:

Nama Pelapor
Jawatan Pelapor
No Telefon Bimbit
Jenis Peralatan
Jenama / Model
No. Siri Peralatan
No. Daftar Harta Modal (No. DHM)
Lokasi Peralatan
Masalah Kerosakan (huraikan)
Troubleshoot yang telah dibuat

Setiap aduan adalah untuk satu kerosakan, dan pastikan maklumat-maklumat yang diberi tepat dan jelas untuk memudahkan pihak PKG Selandar dapat membuat tindakan susulan. Bagi sekolah ahli yang mempunyai FT , diharapkan dapat membantu GPB/GICT untuk melaporkan aduan kerosakan tersebut.

Bagi sekolah ahli yang tidak mempunyai FT atau guru baru dilantik menjadi GPB/GICT , diharap dapat berhubung secara terus ke PKG Selandar untuk mendapatkan khidmat bantu dari Ketua PKG Selandar , En. Zukri Ab. B Manan atau Juruteknik Komputer , Cik Dorothy Magdalena Bt George.

Sekian, terima kasih.

KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALUI SISTEM i-NILAM DALAM KALANGAN GURU PERPUSTAKAAN

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuat satu kajian menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas terhadap keberkesanan pengurusan program ini melalui penggunaan sistem i-NILAM.Maklum balas daripada GPM / Guru Penyelaras NILAM di sekolah amat penting dalam membantu usaha untuk menambah baik pengurusan program ini.

Maklum balas daripada tuan / puan amat penting dalam membantu usaha untuk menambah baik pengurusan program bacaan ini. Tarikh akhir bagi melengkapkan soal selidik tersebut adalah pada 18 Mac 2011.

Sila klik di sini untuk menjawab.

Anti Virus Kaspersky 2011 Workstation

Kepada Semua Guru ICT / Penyelaras Bestari Sekolah Ahli PKG Selandar ,

Salam 1 Malaysia,

Berikut adalah lesen Kaspersky 2011 daripada pihak TM untuk sekolah yang melanggan TM sahaja. Sebelum memasang anda dinasihatkan unistall (membuang) Kaspersky yang mungkin telah ada di PC sekolah sebelum ini kerana ianya telah expired tempoh lesennya.

Mohon Guru ICT / Penyelaras Bestari atau Juruteknik sekolah untuk membantu.

1. Remove antivirus lain yang mungkin telah ada di PC sekolah. Kaspersky versi lama boleh gunakan tools ini. Klik disini untuk muat turun.

2. Install Kaspersky 2011 (lesen 1 tahun) windows XP. Klik disini untuk muat turun.

3. Jika ada sekolah masih menggunakan windows 98 (version lama sahaja). Sila klik disini untuk muat turun.

Lesen ini adalah hak milik Kementerian Pelajaran Malaysia jangan salah gunakan lesen yang diberikan kepada tuan/puan.


Sekian , terima kasih.

BTPN CERGAS

Kelab Kebajikan & Rekreasi BTPN/PKG Negeri Melaka telah menganjurkan Program Riadah di Pusat Kokurikulum JPM, Merlimau pada 12 Februari 2011. Program sehari tersebut telah diisi dengan aktiviti senamrobik, berkayak, water-confident dan flying-fox.

Program telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Nor bin Hj Abu, KPP BTPN Melaka. Seramai lebih 50 orang warga BTPN/PKG telah menyertai program ini dan rata-rata menyatakan kegembiraan dan berharap agar program seperti ini diadalah lebih kerap.

Maulidur Rasul BTPN Melaka 2011


Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat BTPN Melaka telah diadakan pada 11 Februari 2011 yang lalu. Sambutan dimulai dengan perarakan dan selawat nabi dari perkarangan BTPN Melaka ke Dewan Al Khawarizmi. Ceramah agama telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Hj Abd Aziz Abdullah dari Kolej Universiti Islam Melaka.

MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Menteri Pelajaran Malaysia adalah jawatan politik tertinggi di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia. Menteri Pelajaran akan menguruskan pendidikan sekolah di Malaysia.

Menteri Pelajaran Malaysia sekarang ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pelajaran Malaysia ke-16.


1. Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussien (1955-1957)
2. Mohamed Khir Johari (1957-1959)
3. Abdul Rahman Talib (1959-1965)
4. Mohamed Khir Johari (1965-1968)
5. Tun Hussien bin Dato' Onn (1970-1973)
6. Tun Dr. Mahathir Mohamad (1974-1978)
7. Tun Musa Hitam (1978-1981)
8. Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud (1982-1984)
9. Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi (1984-1986)
10. Tun Abdul Rahman Yakub (1969-1970)
11. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (1986-1991)
12. Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud (1991-1995)
13. Najib bin Tun Haji Abdul Razak (1995-1999)
14. Tan Sri Dato Seri Musa Mohamad (1999-2004)
15. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (2004-2009)
16. Tan Sri Muhyiddin Yassin (2009-Kini)

Taklimat Pengurusan GPB/GICT Sekolah 2011

Kepada Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT sekolah ahli PKG Selandar ,

Sukacita dimaklumkan , taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17 Februari 2011
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

Untuk makluman , surat telah diedarkan ke sekolah masing- masing.

Kehadiran tuan/puan adalah wajib bagi mengelakkan permasalahan berlaku kelak dan kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Taklimat Pengurusan GPM/Penyelaras PSS Sekolah 2011

Kepada GPM/Penyelaras PSS sekolah ahli PKG Selandar ,

Sukacita dimaklumkan , taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 Februari 2011
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

Untuk makluman , surat telah diedarkan ke sekolah masing- masing.

Kehadiran tuan/puan adalah wajib bagi mengelakkan permasalahan berlaku kelak dan kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

SCHOOLNET WEB


Berikut merupakan halaman sesawang yang boleh dikongsi bersama GPB/GICT sekolah ahli PKG Selandar. Sekolah boleh menjadi ahli dan membina blog di dalamnya. Diharapkan GPB/GICT sekolah ahli PKG Selandar dan Juruteknik sekolah menggunakan halaman ini sebagai maklumat yang berguna.

Inginkan maklumat lanjut , sila klik disini.

EDUWEBTV


EDUWEBTV versi 2 ini lebih mesra pengguna , ada tambahan bank soalan. Guru-guru yang berdaftar , boleh muat naik video dan bank soalan selain playlist video. Diharapkan guru-guru menggunakan Portal Eduwebtv.com sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas-kelas. Kami pegawai di PKG sedia membantu memberi latihan kepada guru-guru cara penggunaan Eduwebtv.com. Eduwebtv pengganti TV Pendidikan. Eduwebtv adalah 'Pendidikan Digital Untuk Semua'. Guru-guru boleh muat turut Manual Latihan Portal Eduwebtc Versi 2.0 di link Muat Turun.

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL 5-BINTANG (SSQS) KEPADA 93 BUAH SEKOLAH


Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Puan Hjh Juliah bt. Hj Leman, Pengarah Pelajaran Melaka pada 26 Januari 2010 di Dewan Al-Khawarizmi, BTPN Melaka. Sebanyak 93 buah sekolah Negeri Melaka telah berjaya mencapai 5-Bintang dalam penarafan sekolah berasaskan Smart School Qualification Standards (SSQS) pada 2010.

Muat turun Bahan Taklimat Timbalan Pengarah di sini.