PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

MAJLIS PERPISAHAN PEMBANTU TADBIR PKG

Tarikh : 15 Februari 2013
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

Pembantu Tadbir yang diraikan.
Kami warga PKG Selandar mengucapkan selamat maju jaya kepada Pn Hasnita Senin di tempat baru iaitu di PKG Jasin. Jasa Pn. Hasnita amat kami hargai dan tiada gantinya. Terima kasih. 

LAGU TEMA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Berikut merupakan lagu tema Transformasi Pendidikan Negara untuk dikongsi bersama.
Penyanyi : Hafiz dan Stacy
Lirik : Rosman Adam

Untuk muat turun, sila klik disini atau ke ruangan Muat turun

Sekian, terima kasih.

INDEKS KUALITI PUSAT SUMBER SEKOLAH (IQ-PSS) 1/2013

Salam 1 Malaysia,

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah efektif untuk memudahkan Jawatankuasa Pengurusan Pusat Sumber Sekolah untuk membuat penarafan Pusat Sumber sekolah secara talian online.

Talian online ini bermula pada 07 Januari 2013 sehingga 31 Mac 2013. Semua guru yang dipertanggungjawab diminta membuat penarafan tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan. Talian ini akan ditutup pada 01 April 2013 untuk sesi pertama ini.

Untuk melengkapkan data pada instrumen yang disediakan secara online di iqpss.tarantula.my pada tarikh yang ditetapkan.

Terima kasih.

Apa itu 1BestariNet ?

Apakah itu projek 1BestariNet?
1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu. 

Antara komponen penting dalam perkhidmatan ini ialah:
  • Capaian jalur lebar yang lebih tinggi 
  • Perkhidmatan hosting terurus
  • Perkhidmatan keselamatan terurus
  • Persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning Environment - VLE)
  • Penyelenggaraan VLE
  • Pewujudan Programme Management Office (PMO)
Apakah itu Frog VLE?
 The Frog Virtual Learning Environment (VLE) adalah satu sistem berasaskan web pembelajaran yang replikasi dunia sebenar pembelajaran dengan mengintegrasikan kesetaraan maya konsep konvensional pendidikan. Sebagai contoh, guru boleh menetapkan pelajaran, ujian, dan pentaksiran, manakala pelajar boleh mengemukakan kerja rumah dan mengetahui pencapaian mereka melalui VLE. Ibu bapa boleh melihat berita sekolah dan dokumen-dokumen penting manakala pentadbir sekolah boleh menganjurkan kalendar sekolah mereka dan menyebarkan notis sekolah melalui Internet.

Kenapa perlu menggunakan Frog?


Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.


Untuk maklumat lanjut, sila ke laman 1BestariNet.

Sekian, terima kasih.

PENYENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH 2013

Salam 1 Malaysia,

Dimaklumkan kepada semua sekolah ahli PKG Selandar supaya mula melaporkan kerosakan peralatan ICT di sekolah bagi tahun 2013 di portal STS (http://devsps.moe.edu.my/).

Aduan mestilah dibuat sebelum 15 Januari 2013 bagi penyenggaraan pusingan pertama.

Jika ada aduan yang dibuat sebelum 01 Disember 2012 yang masih belum diambil tindakan, sekolah hendaklah melaporkan semula ke dalam STS.

Aduan yang telah dibuat selepas 01 Disember 2012 hingga sekarang masih boleh digunapakai sebagai
aduan baru jika masih relevan.

Berikut adalah format yang harus diisi di bahagian description di dalam STS :

Nama Pelapor

Jawatan Pelapor
No Telefon Bimbit
Jenis Peralatan
Jenama / Model
No. Siri Peralatan
No. Daftar Harta Modal (No. DHM)
Lokasi Peralatan
Masalah Kerosakan (huraikan)
Troubleshoot yang telah dibuat


Kerjasama anda semua amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

PAUTAN ANTIVIRUS UNTUK 1BESTARINET

Salam Tahun Baru 2013,
Salah satu skop daripada perkhidmatan dalam rangkaian 1BestariNet adalah memberikan perkhidmatan Managed Security Services yang merangkumi Antivirus dan Patch Management untuk setiap PC yang terdapat di dalam rangkaian 1BestariNet.

Dengan kerjasama semua GPB/GICT sekolah ahli PKG Selandar, diminta untuk memuat turun perisian berkenaaan pada url seperti dibawah.


Windows 32-bit:


Windows 64-bit


Walaubagaimanapun hanya PC yang mematuhi spesifikasi sahaja boleh menggunakan aplikasi diatas. Jika terdapat sebarang masalah untuk memuatturun, boleh dapatkan perisian tersebut dari PKG.

Sekian, terima kasih.