PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

Salam Ramadhan

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua saudara dan saudari Islam. Semoga Ramadhan pada tahun ini penuh keberkatan dan diterima oleh Nya. InsyaAllah.

Taklimat Penyelarasan SSQS 2012

Salam 1 Malaysia,

Dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan penarafan sekolah menggunakan instrumen Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi memenuhi komitmen dan Pelan Pembestarian Pendidikan Sekolah.

Sekali lagi diingatkan kepada sekolah-sekolah ahli PKG Selandar iaitu tarikh penarafan telah ditetapkan pada 01 Ogos 2012 hingga 09 September 2012.

Satu taklimat penyelarasan kepada semua Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 09 Julai 2012 (Isnin)
Masa : 2.00 hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

Kerjasama dan sokongan anda adalah amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.