PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

Kursus Asas Adobe Photoshop CS6

Tarikh : 22 hingga 24 Oktober 2012 (3Hari)
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Seri Machap

Yang Hadir :
1. En. Zakaria Bin Muhammad (Fasilitator)
2. En. Sulaiman Bin Abdul Rahim (Fasilitator)
3. En. Kamarul Anuar Bin Talib
4. Cik Dorothy Magdalena Binti George
5. Semua Guru Penyelaras Bestari/ICT PKG Selandar
6. Semua Guru Perpustakaan & Media PKG Selandar
7. Semua Juruteknik Komputer PKG Selandar

Kursus ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan guru tentang Adobe Photoshop yang merupakan perisian pengolah gambar yang sangat canggih dan gambar olah dengan Adobe Photoshop ini banyak dilihat dipelbagai website, brosur, kulit buku, majalah dan media lain. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak langsung. 

Gotong-royong 5S di PKG Selandar

Tarikh : 19 Oktober 2012
Masa : 3.00 petang
Tempat : PKG Selandar

Pada 19/10/2012 PKG Selandar telah mengadakan gotong-royong 5S yang merangkumi 5 aspek tetapi buat permulaan PKG Selandar hanya menjalankan 3 aspek iaitu sisih, susun dan sapu. Gotong-royong ini amat bermanfaat untuk menjadikan persekitaraan PKG Selandar bersih dan kemas. Gotong-royong ini telah dilakukan bersama-sama pegawai dan staff sokongan.
Semasa gotong-royong dijalankan.


Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Mesyuarat Pengurusan PKG Selandar 2/2012

Tarikh  : 18 Oktober 2012
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar


Support Ticketing System 2012

Pihak kementerian telah menyediakan satu pangkalan data untuk mengumpul semula data aduan kerosakan ICT sekolah. Pangkalan data sebelum ini telah digodam  dan di dalam tempoh kerja-kerja naik taraf keselamatan. Kesulitan amatlah dikesali. Oleh itu, mohon Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT sekolah ahli PKG Selandar untuk melayari http://sts.moe.edu.my/. Antaramuka pangkalan data yang terbaru adalah seperti gambar dibawah :
Ikut setiap arahan yang  diberikan. Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi PKG Selandar. Kami sedia membantu. Terima kasih.

Mesyuarat Penyelarasan Laporan Aktiviti GPB/GPICT Bil:2/2012

Tarikh : 04 Oktober 2012
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

Yang terlibat :
1. En. Kamarul Anuar B. Talib
2. Cik Dorothy Magdalena Bt. George
3. Semua GPB sekolah ahli PKG Selandar

Mesyuarat Penyelarasan Laporan Aktiviti GPM Bil:2/2012

Tarikh : 03 Oktober 2012
Masa : 2.00 hingga 5.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

Yang terlibat :
1. En. Kamarul Anuar B. Talib
2. Cik Dorothy Magdalena Bt. George
3. Semua GPM sekolah ahli PKG Selandar