PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

Pengumpulan Data SPPICTS 1 / 2011

27 Mac 2011 sehingga 16 April 2011

Untuk makluman semua yang terlibat dalam SPPICTS, semua sekolah dikehendaki tanda dan menjawab semua dimensi yang ada iaitu:

1. Capaian Internet
2. Pusat Akses Sekolah
3. Makmal Komputer
4. EduwebTV
5. Peralatan PPSMI
6. Perisian Kursus Pendidikan
7. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran
8. Perkongsian Pintar

Adalah diminta untuk mengemaskinikan maklumat penggunaan inisiatif ICT tersebut dalam SPPICTS yang boleh dilayari secara online.

Klik disini atau disini untuk ke Portal ICT KPM (SPPICTS). Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi pegawai PKG untuk maklumat lanjut.

Support Ticketing System 2011

Salam 1 Malaysia.

Untuk pengetahuan sekolah ahli PKG Selandar , penyelenggaraan kerosakan peralatan ICT telah berjalan seperti biasa untuk tahun ini dan syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara peralatan ICT akan diberitahu kelak.

Bagi guru ICT/GPB atau Juruteknik Komputer (FT) sekolah , bolehlah membuat aduan kerosakan peralatan ICT pada Support Ticketing System (STS) seperti biasa. Sila pastikan tiket aduan di isi dengan mengikut format seperti dibawah:

Nama Pelapor
Jawatan Pelapor
No Telefon Bimbit
Jenis Peralatan
Jenama / Model
No. Siri Peralatan
No. Daftar Harta Modal (No. DHM)
Lokasi Peralatan
Masalah Kerosakan (huraikan)
Troubleshoot yang telah dibuat

Setiap aduan adalah untuk satu kerosakan, dan pastikan maklumat-maklumat yang diberi tepat dan jelas untuk memudahkan pihak PKG Selandar dapat membuat tindakan susulan. Bagi sekolah ahli yang mempunyai FT , diharapkan dapat membantu GPB/GICT untuk melaporkan aduan kerosakan tersebut.

Bagi sekolah ahli yang tidak mempunyai FT atau guru baru dilantik menjadi GPB/GICT , diharap dapat berhubung secara terus ke PKG Selandar untuk mendapatkan khidmat bantu dari Ketua PKG Selandar , En. Zukri Ab. B Manan atau Juruteknik Komputer , Cik Dorothy Magdalena Bt George.

Sekian, terima kasih.

KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALUI SISTEM i-NILAM DALAM KALANGAN GURU PERPUSTAKAAN

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuat satu kajian menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas terhadap keberkesanan pengurusan program ini melalui penggunaan sistem i-NILAM.Maklum balas daripada GPM / Guru Penyelaras NILAM di sekolah amat penting dalam membantu usaha untuk menambah baik pengurusan program ini.

Maklum balas daripada tuan / puan amat penting dalam membantu usaha untuk menambah baik pengurusan program bacaan ini. Tarikh akhir bagi melengkapkan soal selidik tersebut adalah pada 18 Mac 2011.

Sila klik di sini untuk menjawab.