PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

DATA PERALATAN ICT SEKOLAH AHLI PKG SELANDAR

Assalamualaikum,

Semua Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Selandar

Diminta kerjasama Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG untuk mengemaskini Data ICT Sekolah masing-masing :

1. Jumlah komputer di Pra Sekolah
2. Jumlah komputer di P&T (Pengurusan & Pentadbiran) yang ada DHM sahaja.
3. Jumlah netbook 1Malaysia. (Diisi setelah sekolah menerima)
PERINGATAN : Jangan mengubah apa-apa format dan tidak mengubah bahagian sekolah lain. Data ini amat penting dan diminta patuh pada arahan ini. TQ
Dibawah adalah pautan ke pengkalan data tersebut. Kerjasama anda amatlah dihargai.


SPEEDTEST SEKOLAH AHLI PKG SELANDAR 2015

Assalamualaikum,

Semua Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Selandar

Pihak Programme Management Office (PMO-ICT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diberi tanggungjawab untuk mengurus dan memantau prestasi capaian perkhidmatan 1Bestarinet di semua sekolah yang telah dibekalkan dengan perkhidmatan tersebut.

Tujuan pelaksanaan speedtest tersebut adalah untuk;

1. Memantau prestasi capaian internet 1Bestarinet iaitu 4Mbps dan ke atas di sekolah-sekolah selaras dengan pematuhan kepada terma-terma perjanjian.
2. Mengukur pencapaian Petunjuk Prestasi Utama KPM.

Sehubungan dengan itu, Juruteknik Komputer/Guru Penyelaras Bestari ICT sekolah dipohon untuk melaksanakan proses speedtest tersebut setiap hari sesi persekolahan bermula 12 Januari 2015.

Tuan/puan perlu muat turun bahan di pautan di bawah.
                   1. Lampiran A (Lengkapkan dan pengesahan Pentadbir sekolah)
                   2. Contoh Lampiran A
                   3. Panduan Pelaksanaan Speedtest
                   4. Surat Rasmi Pelaksanaan Speedtest

Dibawah adalah pengkalan data secara online. Pengkalan data ini adalah wajib tuan/puan isi setelah Lampiran A selesai.
Sekian, terima kasih

SPEEDTEST SEKOLAH AHLI PKG SELANDAR 2014

Assalamualaikum,

Semua Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Selandar

Mohon jasa baik untuk membantu mengemaskini data speedtest 2014 bagi sekolah masing-masing. Bagi Juruteknik Komputer Kontrak, diminta utk mengisi pada bulan dimana tuan/puan dilantik masuk ke sekolah.
PERINGATAN : Jangan mengubah apa-apa format dan tidak mengubah bahagian sekolah lain. Data ini amat penting dan diminta patuh pada arahan ini. TQ
Dibawah adalah pautan ke pengkalan data tersebut. Kerjasama anda amatlah dihargai.