Assalamualaikum,
Semua Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Selandar
Semua Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Selandar
Pihak Programme Management Office (PMO-ICT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diberi tanggungjawab untuk mengurus dan memantau prestasi capaian perkhidmatan 1Bestarinet di semua sekolah yang telah dibekalkan dengan perkhidmatan tersebut.
Tujuan pelaksanaan speedtest tersebut adalah untuk;
1. Memantau prestasi capaian internet 1Bestarinet iaitu 4Mbps dan ke atas di sekolah-sekolah selaras dengan pematuhan kepada terma-terma perjanjian.
2. Mengukur pencapaian Petunjuk Prestasi Utama KPM.
Sehubungan dengan itu, Juruteknik Komputer/Guru Penyelaras Bestari ICT sekolah dipohon untuk melaksanakan proses speedtest tersebut setiap hari sesi persekolahan bermula 12 Januari 2015.
Tuan/puan perlu muat turun bahan di pautan di bawah.
1. Lampiran A (Lengkapkan dan pengesahan Pentadbir sekolah)
Dibawah adalah pengkalan data secara online. Pengkalan data ini adalah wajib tuan/puan isi setelah Lampiran A selesai.
Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment