PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

Smart School Qualification Standard (SSQS) 2016

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standard (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari, KPM yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Mesyuarat Flagship Coordinator Committe (FCC) yang dipengerusikan oleh Y Bhg. Ketua Setiausaha Negara.

Untuk makluman YBhg. Dato’ /Datin/Dr./Tuan/Puan, lndikator dan instrumen SSQS telah dibuat penambahbaikan dengan memasukkan elemen Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), pelantar pembelajaran maya (Virtual Learning Enviroment) dan Pusat Sumber Sekolah (PSS).

SPS telah diperluaskan ke semua sekolah mulai Julai 2013 dan semua sekolah telah disediakan dengan pelantar pembelajaran maya mulai 2012. lnstrumen penarafan SSQS versi 3 bagi tahun 2014 akan dijalankan secara atas talian menggunakan Portal Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka, sila klik http://btpnmelaka.moe.gov.my/ssqsv4/.

Penarafan SSQS ini akan diselaraskan, dipantau dan dibimbing pelaksanaannya oleh pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tempoh pelaksanaan penarafan bagi tahun ini adalah bermula dari 15 Julai 2016 sehingga 30 Ogos 2016. Jumlah Responden adalah 62 orang terdiri daripada Pentadbir, GPM/Guru PSS, Guru (30 orang) dan Murid (30 orang).

Daerah Jasin : 15/7/2016 - 29/7/2016
Daerah Alor Gajah : 29/7/2016 - 14/8/2016
Daerah Melaka Tengah : 12/8/2016 - 26/8/2016

Terima kasih atas kerjasama sekolah ahli PKG Selandar di sepanjang penarafan ini dijalankan. Komitmen anda amatlah kami hargai.