PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

Sejarah PKG


Perancangan penubuhan Pusat Kegiatan Guru telah dibuat oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat ini pada mulanya dikenali dengan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Ia bermula pada awal tahun 1986 dengan pembekalan peralatan secara berperingkat bagi menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran serta memberi perkhidmatan kepada guru-guru di sekolah terlibat.

Berdasarkan kepada konsep, objektif dan fungsi yang dijalankan oleh pusat ini, perancangan pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam sidangnya pada 26 Julai 1990 telah bersetuju supaya  nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah ditukar kepada nama Pusat Kegiatan Guru (PKG). Oleh itu, PKG adalah sebuah pusat yang berperanan sebagai Pusat Kegiatan Profesional Guru.


Visi
Wujudnya budaya penggunaan teknologi pendidikan di sekolah

Misi
Membina dan mengekalkan budaya penggunaan teknologi pendidikan dalam kalangan guru dan murid bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran


Objektif PKG
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam teknopen.
  • Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah
  • Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
  • Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

Fungsi Utama PKG
Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pusat sumber sekolah dan program gerakan  membaca di sekolah.
  • Pemantauan PSS
  • Khidmat bantu PSS
  • Bengkel PSS
  • Bengkel Teknologi Pendidikan
  • Mesyuarat pengurusan program untuk Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
  • NILAM
Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program ICT di sekolah.
  • Support Ticketing System (STS)
  • Indeks kualiti Pusat Sumber Sekolah (iQ-PSS)
  • Smart School qualification Standards (SSQS)
  • Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)
  • Makmal Komputer
  • Schoolnet
  • Pusat Akses
  • PPSMI
  • Aplikasi ICT
  • Inisiatif ICT
  • Konfigurasi rangkaian
Memberi perkhidmatan meja bantuan aras 3 kepada sekolah.
  • Perkakasan
  • Perisian
Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan perlaksanaan dasar teknologi pendidikan.
  • iQ-PSS
  • SPPICT
  • SSQS
  • Data NILAM
  • Penggredan PSS
  • Latihan Sumber manusia (Latihan)
Menyediakan Bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media.
  • Bahan cetak
  • Bahan bukan cetak.
Melaksanakan, menyebar, mempromosi dan menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah.
  • Rakam salin DVD/ VCD/ CD
  • Poster
  • Brosur
  • Kalender Aktiviti
  • Buletin
  • Bahan cetak
  • Bahan bukan cetak
  • Mesyuarat permuafakatan
  • Mesyuarat jawatankuasa kecil aktiviti PKG

Piagam Pelanggan
Kami warga Pusat Kegiatan Guru dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk :
  • menghasilkan bahan pendidikan dalam pelbagai media yang bermutu tinggi secara berterusan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran sekolah.
  • menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • memperkasakan sekolah bestari dengan bimbingan, bantuan dan penyelesaian masalah sepanjang masa
  • membudayakan tabiat membaca di sekolah sepanjang masa.
  • memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dari semasa ke semasa.
  • memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan memenuhi kehendak pelanggan sepanjang masa.