PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

BORANG MAKLUMAT BAHAN DIGITAL MBMMBI SEKOLAH NEGERI MELAKA

http://gg.gg/mbmmbi-srmelaka  SEKOLAH RENDAH
http://gg.gg/mbmmbi-smmelaka  SEKOLAH MENENGAH

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh menghubungi WAN ABDUL HALIM BIN MD ZIN (UMIP BTPN Melaka) di talian 06-2324478 atau 013-6044636.

Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) 2016

Suka cita dimaklumkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju dengan Yayasan Astro Kasih melaksanakan projek Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS)bagi meyokong matlamat dan usaha KPM untuk membawa kandungan dan pengalaman yang holistik kepada murid-murid.

Sehubungan dengan itu, pemasangan dan penyelenggaraan peralatan KABKS di sekolah sekolah dan institusi institusi pendidikan KPM akan dilaksanakan oleh pihak Yayasan Astro Kasih.

Berikut adalah surat surat punca kuasa, senarai pegawai meja bagi wilayah persekutuan kuala lumpur serta Instrumen instrumen yang digunapakai dalam pemantauan pemasangan dan penyelenggaraan.

Dilampirkan Contoh Tagging di Peralatan Kampus ASTRO (" SUMBANGAN YAYASAN ASTRO KASIH") untuk makluman.


Terbaru (kemaskini : 10 Ogos 2016)
Pihak Sekolah perlu menghubungi sendiri Pihak Astro untuk penyelenggaraan Kampus Astro Yayasan Kasih di talian 1-300-82-000103-95436688 @ emailkan ke kampusastro@astro.com.my maklumat berikut:

Penyelenggaraan Kampus ASTRO Yayasan Kasih
1. Nama Sekolah
2. Kod Sekolah
3. Nombor Kad Pintar Astro
4. Nombor Akaun Astro (jika ada)
Pihak sekolah harus menghantar surat permohonan penyelenggaraan dan surat tersebut perlu ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar dan hantarkan kepada pihak Astro melalui faks :03-95437333

Smart School Qualification Standard (SSQS) 2016

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standard (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari, KPM yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Mesyuarat Flagship Coordinator Committe (FCC) yang dipengerusikan oleh Y Bhg. Ketua Setiausaha Negara.

Untuk makluman YBhg. Dato’ /Datin/Dr./Tuan/Puan, lndikator dan instrumen SSQS telah dibuat penambahbaikan dengan memasukkan elemen Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), pelantar pembelajaran maya (Virtual Learning Enviroment) dan Pusat Sumber Sekolah (PSS).

SPS telah diperluaskan ke semua sekolah mulai Julai 2013 dan semua sekolah telah disediakan dengan pelantar pembelajaran maya mulai 2012. lnstrumen penarafan SSQS versi 3 bagi tahun 2014 akan dijalankan secara atas talian menggunakan Portal Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka, sila klik http://btpnmelaka.moe.gov.my/ssqsv4/.

Penarafan SSQS ini akan diselaraskan, dipantau dan dibimbing pelaksanaannya oleh pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tempoh pelaksanaan penarafan bagi tahun ini adalah bermula dari 15 Julai 2016 sehingga 30 Ogos 2016. Jumlah Responden adalah 62 orang terdiri daripada Pentadbir, GPM/Guru PSS, Guru (30 orang) dan Murid (30 orang).

Daerah Jasin : 15/7/2016 - 29/7/2016
Daerah Alor Gajah : 29/7/2016 - 14/8/2016
Daerah Melaka Tengah : 12/8/2016 - 26/8/2016

Terima kasih atas kerjasama sekolah ahli PKG Selandar di sepanjang penarafan ini dijalankan. Komitmen anda amatlah kami hargai.

NILAM 2016

Kutipan data sekolah ahli PKG Tuan hendaklah dihantar ke PKG Selandar pada  atau sebelum  15 April , 15 Julai , 15 Oktober 2016 .

Sila muat turun format data NILAM 2016 yang disertakan.