PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

Bengkel SPS 2014

Tarikh : 28 Januari 2014
Masa : 2 - 5 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

Bengkel diadakan bagi memberi pendedahan kepada ADMIN SPS di sekolah mengenai aplikasi SPS.

Perhatian : Bagi ADMIN SPS boleh mendapatkan maklumat di bahagian muat turun.

Terima kasih kepada peserta yang hadir pada bengkel kali ini. Kerjasama anda amat kami hargai.

Tarikh : 29 Januari 2014
Masa : 2 - 5 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

Bengkel Bahan Digital Bahasa Inggeris MBMMBI 2014

Tarikh : 27 Januari 2014
Masa : 2 - 5 petang
Tempat : PKG Sebatu, Melaka

Bengkel diadakan untuk memberi penerangan kepada Guru Pendidikan Khas Sek. Rendah bagaimana menggunakan aplikasi digital yang diedarkan. Ia akan membantu PdP di sekolah-sekolah ahli.

Terima kasih diatas kerjasama sekolah-sekolah ahli yang hadir.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Perhimpunan Rasmi BTPN Melaka Bulan Januari 2014

Tarikh : 22 Januari 2014
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat BTPN Melaka
Peserta : Jawatankuasa PKG Daerah Jasin


Mesyuarat diadakan utk pemurnian aturcara majlis dan jawatankuasa kecil bagi ptogram tersebut. Tuan rumah bagi program kali 1/2014 ialah PKG Daerah Jasin.
Terima kasih diatas kerjasama semua.

Bengkel Penggunaan Perisian Bahan Digital MBMMBI 2014

Tarikh : 20 Januari 2014
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar
Peserta : Pembantu Penyelaras PSS

Mengedarkan bahan digital Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris utk sekolah rendah dan menengah bagi negeri Melaka.

Perhatian : Bagi Pembantu Penyelaras PSS boleh mendapatkan maklumat di bahagian muat turun.

Terima kasih diatas kerjasama semua sepanjang bengkel dijalankan.

Pemantauan Awal Tahun Sekolah Ahli PKG Selandar 2014

Tarikh : 20 Januari 2014
Jam : 8.15 pagi
Tempat : SJKT Batang Melaka
Pemantau : Pn. Zakiah Bt Abu Bakar & Cik Dorothy Magdalena Bt George

Pemantauan dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini PSS dan ICT di sekolah tersebut. Pemantauan dijalankan dgn jayanya.


Terima kasih diatas kerjasama sekolah yg memberi komitmen sepenuhnya.



Tarikh : 16 Januari 2014
Jam : 8.30 pagi
Tempat : SK Batang Melaka
Pemantau : Pn. Zakiah Bt Abu Bakar & Cik Dorothy Magdalena Bt George

Pemantauan dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini PSS dan ICT di sekolah tersebut. Pemantauan dijalankan dgn jayanya.

Terima kasih diatas kerjasama sekolah yg memberi komitmen sepenuhnya.


Tarikh : 15 Januari 2014
Jam : 9.30 pagi
Tempat : SJKC On Lok
Pemantau : Pn. Zakiah Bt Abu Bakar & Cik Dorothy Magdalena Bt George

Pemantauan dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini PSS dan ICT di sekolah tersebut. Pemantauan dijalankan dgn jayanya.

Terima kasih diatas kerjasama sekolah yg memberi komitmen sepenuhnya.

Keputusan SSQS Sekolah Ahli PKG Selandar 2013

Berikut merupakan perbezaan keputusan SSQS sekolah ahli bagi tahun 2012 dan 2013.
**Klik untuk lihat lebih jelas
Tahniah diucapkan kepada sekolah ahli yang memperoleh 5 bintang dan tahniah juga pada sekolah yang lain. Supaya boleh mempertingkatkan lagi penarafan bagi tahun 2014 kelak.

MAKLUMAN BUKU 'INDAHNYA BAHASA ARAB' UNTUK PELAJARAN J-QAF DI SEKOLAH

Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada sekolah ahli PKG Selandar,

Sukacita dimaklumkan Persatuan Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM) telah menerbitkan buku 'Indahnya Bahasa Arab' untuk kegunaan pelajaran J-Qaf di sekolah. Pelancaran buku ini telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka semasa pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri.
Buku-buku tersebut (10 tajuk) dijual dengan harga RM90.00 satu set. Sekolah diminta mengambilnya (2 set setiap sekolah) di Perpustakaan BTPN Melaka, Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, Melaka. Sekolah bolehlah menggunakan peruntukkan wang PCG atau peruntukkan PCG Panitia Pendidikan Islam untuk tujuan pembayaran.
Sehubungan dengan itu, pembayaran boleh dibuat atas nama 'BENDAHARI PUSTAKAM' untuk tindakan selanjutnya. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tn. Hj. Abdul Rahman B. Yusof, Bendahari PUSTAKAM (013-6184321).

Sekian, terima kasih.

MAKLUMAN BUKU REKOD BACAAN PELAJAR (BUKU REKOD NILAM)

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada sekolah ahli PKG Selandar,

Sukacita dimaklumkan Buku Rekod Bacaan Pelajar (Buku Rekod Nilam) serta lain-lain bahan pusat sumber sekolah mulai tahun 2012 akan dijual di Unit PRA Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka oleh Persatuan Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM).

Oleh yang demikian, pihak tuan dikehendaki mematuhi syarat sepertimana yang telah ditetapkan untuk menggunakan Buku Rekod Bacaan Pelajar/Buku Rekod NILAM keluaran PUSTAKAM sahaja dan tidak dibenarkan menggunakan Buku Rekod Bacaan Pelajar dari keluaran lain sebagai bahan Rekod Bacaan untuk aktiviti program NILAM sekolah-sekolah Negeri Melaka.

Sebarang kesulitan/pertanyaan, sila hubungi : 
Pn. Hjh. Rosni Bt. Leman (Setiausaha PUSTAKAM) 013-3297744
Tn. Hj. Abdul Rahman B. Yusof (Bendahari PUSTAKAM) 013-6184321
Sekian, terima kasih.

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH KPM 2014

Assalamualaikum,

Dimaklumkan, sekolah boleh membuat aduan kerosakkan di laman web dibawah :


Takrifan Peralatan ICT adalah peralatan elektronik yang memerlukan sambungan ke komputer untuk berfungsi dan tidak boleh berfungsi dengan sendiri tanpa bantuan atau sokongan komputer. Peralatan ICT sekolah yang layak disenggara adalah :
1. Peralatan yang telah didaftarkan sebagai aset kerajaan dan mempunyai nombor siri Daftar Harta Modal.
2. Peralatan yang telah tamat tempoh jaminan (warranty).
3. Peralatan yang belum mendapat Sijil Hapus Kira atau Sijil Pelupusan.
4. Peralatan yang tidak dikategorikan sebagai Beyond Economic Repair - BER.
Pesanan : Dimaklumkan supaya mencetak setelah membuat aduan dan maklumkan kepada PKG untuk tindakan selanjutnya.
Kerjasama anda amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.