PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

Kursus Asas Adobe Photoshop CS6

Tarikh : 22 hingga 24 Oktober 2012 (3Hari)
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Seri Machap

Yang Hadir :
1. En. Zakaria Bin Muhammad (Fasilitator)
2. En. Sulaiman Bin Abdul Rahim (Fasilitator)
3. En. Kamarul Anuar Bin Talib
4. Cik Dorothy Magdalena Binti George
5. Semua Guru Penyelaras Bestari/ICT PKG Selandar
6. Semua Guru Perpustakaan & Media PKG Selandar
7. Semua Juruteknik Komputer PKG Selandar

Kursus ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan guru tentang Adobe Photoshop yang merupakan perisian pengolah gambar yang sangat canggih dan gambar olah dengan Adobe Photoshop ini banyak dilihat dipelbagai website, brosur, kulit buku, majalah dan media lain. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak langsung. 

Gotong-royong 5S di PKG Selandar

Tarikh : 19 Oktober 2012
Masa : 3.00 petang
Tempat : PKG Selandar

Pada 19/10/2012 PKG Selandar telah mengadakan gotong-royong 5S yang merangkumi 5 aspek tetapi buat permulaan PKG Selandar hanya menjalankan 3 aspek iaitu sisih, susun dan sapu. Gotong-royong ini amat bermanfaat untuk menjadikan persekitaraan PKG Selandar bersih dan kemas. Gotong-royong ini telah dilakukan bersama-sama pegawai dan staff sokongan.
Semasa gotong-royong dijalankan.


Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Mesyuarat Pengurusan PKG Selandar 2/2012

Tarikh  : 18 Oktober 2012
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar


Support Ticketing System 2012

Pihak kementerian telah menyediakan satu pangkalan data untuk mengumpul semula data aduan kerosakan ICT sekolah. Pangkalan data sebelum ini telah digodam  dan di dalam tempoh kerja-kerja naik taraf keselamatan. Kesulitan amatlah dikesali. Oleh itu, mohon Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT sekolah ahli PKG Selandar untuk melayari http://sts.moe.edu.my/. Antaramuka pangkalan data yang terbaru adalah seperti gambar dibawah :
Ikut setiap arahan yang  diberikan. Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi PKG Selandar. Kami sedia membantu. Terima kasih.

Mesyuarat Penyelarasan Laporan Aktiviti GPB/GPICT Bil:2/2012

Tarikh : 04 Oktober 2012
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

Yang terlibat :
1. En. Kamarul Anuar B. Talib
2. Cik Dorothy Magdalena Bt. George
3. Semua GPB sekolah ahli PKG Selandar

Mesyuarat Penyelarasan Laporan Aktiviti GPM Bil:2/2012

Tarikh : 03 Oktober 2012
Masa : 2.00 hingga 5.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

Yang terlibat :
1. En. Kamarul Anuar B. Talib
2. Cik Dorothy Magdalena Bt. George
3. Semua GPM sekolah ahli PKG Selandar


Khidmat Bantu SK Batang Melaka

Tarikh : 27 September 2012
Masa : 8.30 pagi hingga 4.45 petang
Tempat : SK Batang Melaka

Yang terlibat :
1. En. Mohd Faiz B. Mohd Zin (FT SK Bukit Senggeh)
2. Pn. Nurulaini Bt Hashim (FT SK Seri Machap)
3. Cik Dorothy Magdalena Bt. George (FT PKG Selandar)
4. Pn. Rohana Bt. Abdullah (Guru Penyelaras ICT)
Sebanyak 5 buah PC telah berjaya dirangkaikan dan boleh digunakan oleh pelajar dan guru. 6 buah lagi mempunyai masalah seperti tiada paparan, power supply rosak dan motherboard. Terdapat juga 6 buah laptop telah reformat dan dimasukkan perisian-perisian basic. Rangkain internet dalam keadaan baik dan setiap LAN dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

Smart School Qualification Standards (SSQS) 2012

Status Penarafan sekolah ahli PKG Selandar 06 September 2012.
klik untuk gambaran lebih jelas

** Mohon kerjasama Guru Penyelaras ICT dan Guru Penyelaras Bestari sekolah ahli yang belum mencapai 100% penarafan untuk memantau SSQS sekolah masing-masing. Kerjasama anda amatlah dihargai.

** Tahniah kepada SK Selandar, SMK Selandar dan SBP Intergrasi Selandar kerana telah mencapai 100% penarafan. Terima kasih diucapkan. 
______________________________________________________________________________

Penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) atau Kelayakan Standard Sekolah Bestari bagi Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) akan dibuat bermula pada 1 Ogos hingga 09 September 2012.

Diharap sekolah ahli PKG Selandar mematuhi tarikh yang ditetapkan untuk kelancaran penarafan kali ini. Kerjasama anda amat dihargai. Jika ada sebarang masalah , sila hubungi pegawai BTPN/PKG yang berhampiran.

Klik disini untuk ke portal SSQS.

Penverifikasikan terhadap Penarafan SSQS bagi tahun 2012 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) bersama Bahagian Teknologi Pendidikan  ke sekolah-sekolah akan bermula pada 9 hingga 21 September 2012.

Kemaskini** (03.08.2012)
Sila gunakan " Tag nombor" yang baru diupdate bermula jam 12.30tghari,16 Julai 2012 bagi tujuan pengisian data SSQS. Harap Maklum.

Khidmat Bantu ICT SK Selandar

Tarikh : 09 Ogos 2012
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tghari
Tempat : SK Selandar

Yang terlibat :
1. En. Mohd Faiz B. Mohd Zin (FT SK Bukit Senggeh)
2. En. Mohd Yazid B. Mohd Yasin (FT SMK Selandar)
3. Pn. Raihana Bt. Abdul Latif (FT SBPI Selandar)
4. Pn. Nurulaini Bt Hashim (FT SK Seri Machap)
5. Cik Dorothy Magdalena Bt. George (FT PKG Selandar)
6. En. Yusri B. Ahlan (Guru ICT SK Selandar)

Pasukan KIK BTPN Melaka
1. En. Yusri B. Suib (Ketua KIK)
2. En. Abd Majid B. Ibrahim
3. En. Kamarul Anuar B. Talib
4. En. Sulaiman B. Abd Rahim
5. En. Zakaria B. Muhammad
6. En. Syaharum B. Abdullah
7. Pn. Zanariah Bt. Ali
8. En. Amir B. Abdul Rasid
9. Pn. Azlina Bt. Mohamed

Program khidmat membangunkan rangkaian LAN telah mencapai objektifnya. Sebanyak 14 buah PC telah Berjaya dirangkaikan dan boleh digunakan oleh pelajar dan guru. Kemudahan internet di pusat sumber ini bukan sahaja dapat memberi manfaat untuk menjadi sumber rujukan malah memberi peluang akses yang lebih luas kepada pelajar.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. 

Salam Ramadhan

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua saudara dan saudari Islam. Semoga Ramadhan pada tahun ini penuh keberkatan dan diterima oleh Nya. InsyaAllah.

Taklimat Penyelarasan SSQS 2012

Salam 1 Malaysia,

Dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan penarafan sekolah menggunakan instrumen Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi memenuhi komitmen dan Pelan Pembestarian Pendidikan Sekolah.

Sekali lagi diingatkan kepada sekolah-sekolah ahli PKG Selandar iaitu tarikh penarafan telah ditetapkan pada 01 Ogos 2012 hingga 09 September 2012.

Satu taklimat penyelarasan kepada semua Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 09 Julai 2012 (Isnin)
Masa : 2.00 hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

Kerjasama dan sokongan anda adalah amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

LAWATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN BRUNEI DARUSSALAM DI SK SERKAM DARAT

Tempat : SK Serkam Darat
Tarikh : 11 Jun 2012
Masa : 10.00 pagi


Ketibaan pegawai dari Kementerian Pendidikan Brunei dan pegawai dari BTP dan BTP Negeri Melaka.

Disambut dengan penuh meriah dari Pasukan Kompang Intifadha SR Arab Jaim Serkam Darat.

Pemantauan pegawai-pegawai ke Perpustakaan untuk meninjau aktiviti pembelajaran yang dijalankan pelajar-pelajar Tahun 2.

Pembentangan aktiviti dan persembahan multimedia dari pihak SK Serkam Darat.

Pemantauan ke makmal komputer untuk melihat aplikasi Zoom-A  yang dijalankan.


Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam yang sudi melawat sekolah di negeri Melaka. Diharapkan kita boleh berkongsi maklumat dan bertemu lagi dimasa akan datang.