PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

KAJIAN AUDIT PRESTASI TERHADAP PERKHIDMATAN 1BESTARINET DAN PEROLEHAN PERALATAN ICT KE MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH NEGERI MELAKA

Salam 1 Malaysia,

Untuk makluman tuan, pihak Bahagian Audit Dalam dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang melaksanakan pengauditan tentang prestasi terhadap perkhidmatan 1BestariNet dan perolehan peralatan ICT ke makmal komputer sekolah-sekolah seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dimohon untuk memberikan maklumat tentang perkara di atas secara online melalui aplikasi Sistem Pengurusan Inisiatif ICT Sekolah (ICTS) dengan menggunakan Internet Explorer seperti berikut :
Alamat URL : http://www.moe.gov.my/bad/icts
ID Pengguna (sekolah) : kod sekolah (contoh : mba0025)
Kata laluan : password
Manual pengguna Sistem Pengurusan Inisiatif ICT Sekolah (ICTS) juga boleh dimuat turun pada pautan dibawah : 
Manual Sistem Pengurusan Inisiatif ICT Sekolah (ICTS).
Pihak tuan juga dimohon agar pengisian tersebut dapat diselesaikan pada atau selewat-lewatnya 13 April 2014 supaya pihak Bahagian Audit Dalam dapat membuat analisa tentang perkara tersebut. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus kepada En. Annuar B. Harun, 03-88845451/03-88845342(F).

Kerjasama tuan amatlah kami hargai. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment