PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

PEMASANGAN MULTI POINT SERVER UNTUK MAKMAL HP MULTISEAT

Untuk makluman awal, kedua-dua syarikat iaitu syarikat Trustwell Sdn. Bhd. dan syarikat Mutiara Smart Computing Sdn. Bhd akan melaksanakan pemasangan semula perisian multi point server pada host yang bermasalah di setiap sekolah untuk memastikan semua host berfungsi sepenuhnya.

Sehubungan dengan itu, mohon sekolah ahli PKG Selandar iaitu SK Seri Machap untuk membuat aduan kerosakkan item di meja bantuan syarikat masing-masing supaya syarikat masing-masing dapat menyediakan alat ganti semasa turun ke sekolah.

Tarikh pemasangan akan dimaklumkan untuk perhatian dan tindakan sekolah. Urus setia projek akan memohon kebenaran masuk ke sekolah untuk aktiviti pemasangan tersebut. Kerjasama tuan/puan amatlah kami hargai.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pihak PKG. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment