PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) 2016

Suka cita dimaklumkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju dengan Yayasan Astro Kasih melaksanakan projek Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS)bagi meyokong matlamat dan usaha KPM untuk membawa kandungan dan pengalaman yang holistik kepada murid-murid.

Sehubungan dengan itu, pemasangan dan penyelenggaraan peralatan KABKS di sekolah sekolah dan institusi institusi pendidikan KPM akan dilaksanakan oleh pihak Yayasan Astro Kasih.

Berikut adalah surat surat punca kuasa, senarai pegawai meja bagi wilayah persekutuan kuala lumpur serta Instrumen instrumen yang digunapakai dalam pemantauan pemasangan dan penyelenggaraan.

Dilampirkan Contoh Tagging di Peralatan Kampus ASTRO (" SUMBANGAN YAYASAN ASTRO KASIH") untuk makluman.


Terbaru (kemaskini : 10 Ogos 2016)
Pihak Sekolah perlu menghubungi sendiri Pihak Astro untuk penyelenggaraan Kampus Astro Yayasan Kasih di talian 1-300-82-000103-95436688 @ emailkan ke kampusastro@astro.com.my maklumat berikut:

Penyelenggaraan Kampus ASTRO Yayasan Kasih
1. Nama Sekolah
2. Kod Sekolah
3. Nombor Kad Pintar Astro
4. Nombor Akaun Astro (jika ada)
Pihak sekolah harus menghantar surat permohonan penyelenggaraan dan surat tersebut perlu ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar dan hantarkan kepada pihak Astro melalui faks :03-95437333

No comments:

Post a Comment