Tarikh : 29 - 30 April 2014
Masa : 2 - 5 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar
PKG Selandar telah mengadakan Bengkel VLE pada 29 hingga 30 April 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Selandar. Bengkel diketuai oleh Ketua PKG Pn. Zakiah Bt. Abu Bakar dan Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Melaka Pn. Zanariah Bt. Ali. Bengkel ini dihadiri oleh guru subjek Sejarah bagi 25 buah sekolah daerah Jasin.
Bengkel ini bertujuan untuk pendekatan lebih mendalam mengenai VLE kepada semua guru-guru di sekolah. Selain itu, pendekatan ini bertujuan untuk memperluaskan penggunaan pembelajaran alam maya tidak mengira guru yang mengajar subjek selain ICT.