PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

PROGRAM BIMBINGAN DAN KHIDMAT BANTU BAGI MBMMBI 2014

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa bahan digital dan perisian kandungan MBMMBI telah diberi taklimat dan berbengkel serta diedarkan pada sekolah ahli pada 20 Januari (di PKG Selandar), 27 Januari 2014 (di PKG Sebatu dan PKG Jasin) dan 05 Februari 2014 (di PKG Sebatu dan PKG Jasin) melalui Guru Perpustakaan Media Sekolah. Bahan digital itu adalah seperti berikut :

Bahasa Malaysia Tahun 5 Sinar Bahasa.

Bahasa Malaysia Tahun 6 Sinar Bahasa.

Pendidikan Khas Bahasa Malaysia Tahap 2.

Pendidikan Khas English Language Tahap 2.

Mantap Bahasa Malaysia Tahap Menengah Rendah

English Delight English Education Courseware (Lower Secondary)

Sehubungan dengan itu, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka sedang mengumpul data tersebut di atas. Tujuan soal selidik ini boleh membantu Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka dalam mengemaskini data dan maklumat penggunaan dan seterusnya akan membantu untuk merangka serta merancang program bimbingan dan khidmat bantu bagi penggunaan bahan digital MBMMBI.

Soal selidik ini melibatkan Guru Bahasa Malaysia, Guru Bahasa Inggeris dan Guru Pendidikan Khas yang mengajar Kelas Tahun 5, 6, Menengah Rendah dan Pendidikan Khas. Tuan/Puan dipohon agar dapat mengisi dan melengkapkan semua maklumat soal selidik yang diperlukan secara atas talian di URL http://goo.gl/X2s40o. (...empat puloh dan huruf 'o') Borang soal selidik ini perlu disimpan sebagai rekod di sekolah dan hasil dapatan soal selidik ini perlulah dibincangkan di dalam Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sekolah.

Berikut ialah antaramuka instrumen tersebut.

Sebarang kemusykilan boleh menghubungi Pn. Zakiah Bt Abu Bakar di talian 012-5062162 atau pejabat 06-5251914.

No comments:

Post a Comment