PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

PENYENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH 2013

Salam 1 Malaysia,

Dimaklumkan kepada semua sekolah ahli PKG Selandar supaya mula melaporkan kerosakan peralatan ICT di sekolah bagi tahun 2013 di portal STS (http://devsps.moe.edu.my/).

Aduan mestilah dibuat sebelum 15 Januari 2013 bagi penyenggaraan pusingan pertama.

Jika ada aduan yang dibuat sebelum 01 Disember 2012 yang masih belum diambil tindakan, sekolah hendaklah melaporkan semula ke dalam STS.

Aduan yang telah dibuat selepas 01 Disember 2012 hingga sekarang masih boleh digunapakai sebagai
aduan baru jika masih relevan.

Berikut adalah format yang harus diisi di bahagian description di dalam STS :

Nama Pelapor

Jawatan Pelapor
No Telefon Bimbit
Jenis Peralatan
Jenama / Model
No. Siri Peralatan
No. Daftar Harta Modal (No. DHM)
Lokasi Peralatan
Masalah Kerosakan (huraikan)
Troubleshoot yang telah dibuat


Kerjasama anda semua amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment