PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH

Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah KPM di bawah Kontrak Penyenggaraan Berpusat bagi Tahun 2012 akan bermula pada pertengahan Januari 2012.
Sekolah-sekolah  Negeri Melaka dinasihatkan agar mengemaskini aduan/tiket kerosakan dalam Support Ticketing System (STS) sebelum 10 Januari 2012 supaya proses penilaian dan penyenggaraan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Bagi guru ICT/GPB atau Juruteknik Komputer (FT) sekolah , bolehlah membuat aduan kerosakan peralatan ICT pada Support Ticketing System (STS) seperti biasa. Sila pastikan tiket aduan di isi dengan mengikut format seperti dibawah:

Nama Pelapor
Jawatan Pelapor
No Telefon Bimbit
Jenis Peralatan
Jenama / Model
No. Siri Peralatan
No. Daftar Harta Modal (No. DHM)
Lokasi Peralatan
Masalah Kerosakan (huraikan)
Troubleshoot yang telah dibuat

Setiap aduan adalah untuk satu kerosakan, dan pastikan maklumat-maklumat yang diberi tepat dan jelas untuk memudahkan pihak PKG Selandar dapat membuat tindakan susulan. Bagi sekolah ahli yang mempunyai FT , diharapkan dapat membantu GPB/GICT untuk melaporkan aduan kerosakan tersebut.

Bagi sekolah ahli yang tidak mempunyai FT atau guru baru dilantik menjadi GPB/GICT , diharap dapat berhubung secara terus ke PKG Selandar untuk mendapatkan khidmat bantu dari Ketua PKG Selandar , En. Zulkifli B Atan atau Juruteknik Komputer , Cik Dorothy Magdalena Bt George.

Sekian , terima kasih.

No comments:

Post a Comment