PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

PEMANTAUAN KESEDIAAN INISIATIF ICT KPM SEKOLAH - SEKOLAH NEGERI MELAKA 2012

BTPN Melaka akan menjalankan pengauditan dan pemantauan ke sekolah-sekolah yang terlibat dengan :

 1. Projek Makmal Bahasa MBMMBI
2. Perolehan/Penggantian Peralatan ICT Makmal Komputer HP MultiSeat

Panduan Kepada Sekolah

1. Muat turun dan cetak bahan berikut dari e-mel sekolhatau portal BTPN (http://btpnmel.moe.edu.my/portal)

1.1 Senarai Sekolah (jika sekolah tuan/puan tersenarai, muat turun bahan berkenaan seterusnya)

1.2 INSTRUMEN PEMANTAUAN MAKMAL BAHASA MBMMBI 2012

1.3 Instrumen Pemantauan Projek Pembekalan ICT Dengan Kaedah HP Multi Seat

2. GPB / GPICT dikehendaki menjawab dan melengkapkan instrumen tersebut serta mendapatkan pengesahan Pengetua / Guru Besar.

3. Buatkan salinan instrumen yang telah lengkap untuk simpanan sekolah.

4. Serahkan salinan asal kedua-dua instrumen kepada Pegawai Pemantau yang akan hadir ke sekolah tuan/puan pada tarikh yang telah ditetapkan seperti dalam senarai.

5. Hubungi Pusat Kegiatan Guru berdekatan untuk maklumat lanjut.

Sekian , terima kasih.

PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH

Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah KPM di bawah Kontrak Penyenggaraan Berpusat bagi Tahun 2012 akan bermula pada pertengahan Januari 2012.
Sekolah-sekolah  Negeri Melaka dinasihatkan agar mengemaskini aduan/tiket kerosakan dalam Support Ticketing System (STS) sebelum 10 Januari 2012 supaya proses penilaian dan penyenggaraan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Bagi guru ICT/GPB atau Juruteknik Komputer (FT) sekolah , bolehlah membuat aduan kerosakan peralatan ICT pada Support Ticketing System (STS) seperti biasa. Sila pastikan tiket aduan di isi dengan mengikut format seperti dibawah:

Nama Pelapor
Jawatan Pelapor
No Telefon Bimbit
Jenis Peralatan
Jenama / Model
No. Siri Peralatan
No. Daftar Harta Modal (No. DHM)
Lokasi Peralatan
Masalah Kerosakan (huraikan)
Troubleshoot yang telah dibuat

Setiap aduan adalah untuk satu kerosakan, dan pastikan maklumat-maklumat yang diberi tepat dan jelas untuk memudahkan pihak PKG Selandar dapat membuat tindakan susulan. Bagi sekolah ahli yang mempunyai FT , diharapkan dapat membantu GPB/GICT untuk melaporkan aduan kerosakan tersebut.

Bagi sekolah ahli yang tidak mempunyai FT atau guru baru dilantik menjadi GPB/GICT , diharap dapat berhubung secara terus ke PKG Selandar untuk mendapatkan khidmat bantu dari Ketua PKG Selandar , En. Zulkifli B Atan atau Juruteknik Komputer , Cik Dorothy Magdalena Bt George.

Sekian , terima kasih.