PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

Support Ticketing System 2011

Salam 1 Malaysia.

Untuk pengetahuan sekolah ahli PKG Selandar , penyelenggaraan kerosakan peralatan ICT telah berjalan seperti biasa untuk tahun ini dan syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara peralatan ICT akan diberitahu kelak.

Bagi guru ICT/GPB atau Juruteknik Komputer (FT) sekolah , bolehlah membuat aduan kerosakan peralatan ICT pada Support Ticketing System (STS) seperti biasa. Sila pastikan tiket aduan di isi dengan mengikut format seperti dibawah:

Nama Pelapor
Jawatan Pelapor
No Telefon Bimbit
Jenis Peralatan
Jenama / Model
No. Siri Peralatan
No. Daftar Harta Modal (No. DHM)
Lokasi Peralatan
Masalah Kerosakan (huraikan)
Troubleshoot yang telah dibuat

Setiap aduan adalah untuk satu kerosakan, dan pastikan maklumat-maklumat yang diberi tepat dan jelas untuk memudahkan pihak PKG Selandar dapat membuat tindakan susulan. Bagi sekolah ahli yang mempunyai FT , diharapkan dapat membantu GPB/GICT untuk melaporkan aduan kerosakan tersebut.

Bagi sekolah ahli yang tidak mempunyai FT atau guru baru dilantik menjadi GPB/GICT , diharap dapat berhubung secara terus ke PKG Selandar untuk mendapatkan khidmat bantu dari Ketua PKG Selandar , En. Zukri Ab. B Manan atau Juruteknik Komputer , Cik Dorothy Magdalena Bt George.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment