Smart School Qualification Standards (SSQS) 2015
Untuk makluman YBhg. Dato’ /Datin/Dr./Tuan/Puan, lndikator dan instrumen SSQS telah dibuat penambahbaikan dengan memasukkan elemen Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), pelantar pembelajaran maya (Virtual Learning Enviroment) dan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
SPS telah diperluaskan ke semua sekolah mulai Julai 2013 dan semua sekolah telah disediakan dengan pelantar pembelajaran maya mulai 2012. lnstrumen penarafan SSQS versi 3 bagi tahun 2014 akan dijalankan secara atas talian menggunakan Portal Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka, sila klik http://btpnmel.moe.edu.my/ssqsv3/.
Penarafan SSQS ini akan diselaraskan, dipantau dan dibimbing pelaksanaannya oleh pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tempoh pelaksanaan penarafan bagi tahun ini adalah bermula dari 07 Julai 2015 sehingga 24 Julai 2015. Jumlah Responden adalah 62 orang terdiri daripada Pentadbir, GPM/Guru PSS, Guru (30 orang) dan Murid (30 orang).
Borang SSQS Bagi Pentadbir Sekolah, GPM, Guru dan Murid secara “OFF-Line” boleh muatturun pada pautan dibawah :
1. Instrumen SSQS Pentadbir
1. Instrumen SSQS Pentadbir
Berikut adalah bahan semasa Taklimat SSQS 2015 di Rumah Media MITC, Melaka. (06.07.2015) Boleh muatturun pada pautan dibawah :
1. Cara menjawab SSQS 2015
2. Pengurusan SSQS 2015
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ketua PKG Selandar, En. Nursalzaili B. Zainur Rashid di talian 06-5251914 bagi mendapatkan maklumat lanjut. Sekian, terima kasih.
Khidmat Bantu PSS SJKT Batang Melaka
Tarikh : 01 & 02 Jun 2015
Tempat : Perpustakaan SJKT Batang Melaka
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Khidmat bantu ini diketuai oleh Ketua PKG Selandar, En. Nursalzaili B. Zainur Rashid, Penyelaras Perpustakaan SJKT Batang Melaka, Juruteknik Komputer PKG Selandar, Pn. Nur Sofea Dorothy Bt. George, Pembantu Tadbir PKG Selandar, En. Kamaruzaman B. Abdullah dan barisan 13 Pembantu Tadbir NBOS sekolah ahli PKG Selandar.
Khidmat bantu bertujuan untuk menyusun atur semula peralatan di bahagian Perpustakaan. Terdapat beberapa sudut telah diwujudkan.
Khidmat Bantu PSS SK Batang Melaka
Tarikh : 19 & 20 Mei 2015
Tempat : Perpustakaan SK Batang Melaka
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Khidmat bantu ini diketuai oleh Ketua PKG Selandar, En. Nursalzaili B. Zainur Rashid, Penyelaras PSS SK Batang Melaka, En. Borhan B. Puasa & Hjh. Rosmini Bt. Hj. Mahmood, Guru ABM, Pn. Nour Janna Fahruddin, Juruteknik Komputer PKG Selandar, Pn. Nur Sofea Dorothy Bt. George dan barisan 13 Pembantu Tadbir NBOS sekolah ahli PKG Selandar.
Khidmat bantu bertujuan untuk menyusun atur semula peralatan di bahagian Perpustakaan, Bilik Tayang dan Bilik ABM. Terdapat beberapa sudut telah diwujudkan seperti Sudut Warisan, Sudut Peralatan dan lain-lain. Di tambah juga rak untuk penyusunan buku teks di bahagian perpustakaan, rak bahan CD dan rak peralatan muzik di Bilik ABM.
Tujuan dan matlamat khidmat bantu ini tercapai dengan komitmen yang tinggi oleh warga SK Batang Melaka dan barisan Pembantu Tadbir NBOS. Terima kasih kami ucapkan.
Perhimpunan Bulanan BTPN Melaka Bil 2/2015
Tarikh : 27 April 2015
Tempat : Bilik Al-Khawarizmi
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Perhimpuanan kali ke-2 telah diadakan pada bulan April. Tema perhimpunan kali ini ialah 'Integriti Pemangkin Kecemerlangan'. Perhimpunan dihadiri oleh pegawai dan staf sokongan BTPN Melaka serta Pegawai dan staf PKG Negeri Melaka.
Taklimat Profesionalisme Sekolah Ahli PKG Selandar 2015
Tarikh : 24 Mac 2015
Masa : 2 hingga 5 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar
Taklimat ini diketuai oleh Ketua PKG Selandar, Puan Zakiah Binti Abu Bakar. Dihadiri oleh 13 orang yang terdiri daripada pentadbir. Taklimat ini bertujuan untuk membentangkan pencapaian sekolah - sekolah ahli PKG Selandar sepanjang tahun 2014.
Terdapat beberapa isu yang dibangkitkan iaitu FROG VLE, NILAM, SSQS dan banyak lagi. Ketua PKG memberi panduan kepada pentadbir tersebut untuk terus maju dan mencapai target yang harus dicapai mengikut kehendak kementerian.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada peserta yang hadir. Jasa anda amat kami hargai.
Masa : 2 hingga 5 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar
Taklimat ini diketuai oleh Ketua PKG Selandar, Puan Zakiah Binti Abu Bakar. Dihadiri oleh 13 orang yang terdiri daripada pentadbir. Taklimat ini bertujuan untuk membentangkan pencapaian sekolah - sekolah ahli PKG Selandar sepanjang tahun 2014.
Terdapat beberapa isu yang dibangkitkan iaitu FROG VLE, NILAM, SSQS dan banyak lagi. Ketua PKG memberi panduan kepada pentadbir tersebut untuk terus maju dan mencapai target yang harus dicapai mengikut kehendak kementerian.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada peserta yang hadir. Jasa anda amat kami hargai.
Pemantauan Verifikasi Peralatan ICT Sekolah
Tarikh : 17 Mac 2015
Masa : 3.40 petang
Tempat : SK Selandar
Masa : 3.40 petang
Tempat : SK Selandar
1. Terdapat 11 aduan yang diterima.
2. Semua peralatan telah diperiksa oleh JTK PKG Selandar.
3. 1 aduan telah selesai.
2. Semua peralatan telah diperiksa oleh JTK PKG Selandar.
3. 1 aduan telah selesai.
Tarikh : 19 Mac 2015
Masa : 2.35 petang
Tempat : SJKC Kiow Nam
1. Terdapat 12 aduan yang diterima.
2. Semua peralatan telah diperiksa oleh JTK PKG Selandar.
3. 1 aduan didapati telah dilupuskan.
PENGKALAN DATA MAKLUMAT JURUTEKNIK KOMPUTER/PEMBANTU TADBIR SEK. AHLI PKG SELANDAR 2015
Maklumat Juruteknik Komputer sahaja
Maklumat Pembantu Tadbir sahaja
Maklumat Pembantu Tadbir sahaja
DATA PERALATAN ICT SEKOLAH AHLI PKG SELANDAR
Assalamualaikum,
Semua Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Selandar
Semua Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Selandar
1. Jumlah komputer di Pra Sekolah
2. Jumlah komputer di P&T (Pengurusan & Pentadbiran) yang ada DHM sahaja.
3. Jumlah netbook 1Malaysia. (Diisi setelah sekolah menerima)
PERINGATAN : Jangan mengubah apa-apa format dan tidak mengubah bahagian sekolah lain. Data ini amat penting dan diminta patuh pada arahan ini. TQ
Dibawah adalah pautan ke pengkalan data tersebut. Kerjasama anda amatlah dihargai.
SPEEDTEST SEKOLAH AHLI PKG SELANDAR 2015
Assalamualaikum,
Semua Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Selandar
Semua Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Selandar
Pihak Programme Management Office (PMO-ICT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diberi tanggungjawab untuk mengurus dan memantau prestasi capaian perkhidmatan 1Bestarinet di semua sekolah yang telah dibekalkan dengan perkhidmatan tersebut.
Tujuan pelaksanaan speedtest tersebut adalah untuk;
1. Memantau prestasi capaian internet 1Bestarinet iaitu 4Mbps dan ke atas di sekolah-sekolah selaras dengan pematuhan kepada terma-terma perjanjian.
2. Mengukur pencapaian Petunjuk Prestasi Utama KPM.
Sehubungan dengan itu, Juruteknik Komputer/Guru Penyelaras Bestari ICT sekolah dipohon untuk melaksanakan proses speedtest tersebut setiap hari sesi persekolahan bermula 12 Januari 2015.
Tuan/puan perlu muat turun bahan di pautan di bawah.
1. Lampiran A (Lengkapkan dan pengesahan Pentadbir sekolah)
Dibawah adalah pengkalan data secara online. Pengkalan data ini adalah wajib tuan/puan isi setelah Lampiran A selesai.
Sekian, terima kasih
SPEEDTEST SEKOLAH AHLI PKG SELANDAR 2014
Assalamualaikum,
Semua Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Selandar
Semua Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Selandar
Mohon jasa baik untuk membantu mengemaskini data speedtest 2014 bagi sekolah masing-masing. Bagi Juruteknik Komputer Kontrak, diminta utk mengisi pada bulan dimana tuan/puan dilantik masuk ke sekolah.
PERINGATAN : Jangan mengubah apa-apa format dan tidak mengubah bahagian sekolah lain. Data ini amat penting dan diminta patuh pada arahan ini. TQ
Subscribe to:
Posts (Atom)