PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

Smart School Qualification Standards (SSQS) 2015

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standard (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari, KPM yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Mesyuarat Flagship Coordinator Committe (FCC) yang dipengerusikan oleh Y Bhg. Ketua Setiausaha Negara.

Untuk makluman YBhg. Dato’ /Datin/Dr./Tuan/Puan, lndikator dan instrumen SSQS telah dibuat penambahbaikan dengan memasukkan elemen Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), pelantar pembelajaran maya (Virtual Learning Enviroment) dan Pusat Sumber Sekolah (PSS).

SPS telah diperluaskan ke semua sekolah mulai Julai 2013 dan semua sekolah telah disediakan dengan pelantar pembelajaran maya mulai 2012. lnstrumen penarafan SSQS versi 3 bagi tahun 2014 akan dijalankan secara atas talian menggunakan Portal Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka, sila klik http://btpnmel.moe.edu.my/ssqsv3/.

Penarafan SSQS ini akan diselaraskan, dipantau dan dibimbing pelaksanaannya oleh pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tempoh pelaksanaan penarafan bagi tahun ini adalah bermula dari 07 Julai 2015 sehingga 24 Julai 2015. Jumlah Responden adalah 62 orang terdiri daripada Pentadbir, GPM/Guru PSS, Guru (30 orang) dan Murid (30 orang).

Borang SSQS Bagi Pentadbir Sekolah, GPM, Guru dan Murid secara “OFF-Line” boleh muatturun pada pautan dibawah :

1. Instrumen SSQS Pentadbir

Berikut adalah bahan semasa Taklimat SSQS 2015 di Rumah Media MITC, Melaka. (06.07.2015) Boleh muatturun pada pautan dibawah :

1. Cara menjawab SSQS 2015
2. Pengurusan SSQS 2015

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ketua PKG Selandar, En. Nursalzaili B. Zainur Rashid di talian 06-5251914 bagi mendapatkan maklumat lanjut. Sekian, terima kasih.

Khidmat Bantu PSS SJKT Batang Melaka

Tarikh : 01 & 02 Jun 2015
Tempat : Perpustakaan SJKT Batang Melaka
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Khidmat bantu ini diketuai oleh Ketua PKG Selandar, En. Nursalzaili B. Zainur Rashid, Penyelaras Perpustakaan SJKT Batang Melaka, Juruteknik Komputer PKG Selandar, Pn. Nur Sofea Dorothy Bt. George, Pembantu Tadbir PKG Selandar, En. Kamaruzaman B. Abdullah dan barisan 13 Pembantu Tadbir NBOS sekolah ahli PKG Selandar.

Khidmat bantu bertujuan untuk menyusun atur semula peralatan di bahagian Perpustakaan. Terdapat beberapa sudut telah diwujudkan.

Tujuan dan matlamat khidmat bantu ini tercapai dengan komitmen yang tinggi oleh warga SJKT Batang Melaka dan barisan Pembantu Tadbir NBOS. Terima kasih kami ucapkan.


Khidmat Bantu PSS SK Batang Melaka

Tarikh : 19 & 20 Mei 2015
Tempat : Perpustakaan SK Batang Melaka
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Khidmat bantu ini diketuai oleh Ketua PKG Selandar, En. Nursalzaili B. Zainur Rashid, Penyelaras PSS SK Batang Melaka, En. Borhan B. Puasa & Hjh. Rosmini Bt. Hj. Mahmood, Guru ABM, Pn. Nour Janna Fahruddin, Juruteknik Komputer PKG Selandar, Pn. Nur Sofea Dorothy Bt. George dan barisan 13 Pembantu Tadbir NBOS sekolah ahli PKG Selandar.

Khidmat bantu bertujuan untuk menyusun atur semula peralatan di bahagian Perpustakaan, Bilik Tayang dan Bilik ABM. Terdapat beberapa sudut telah diwujudkan seperti Sudut Warisan, Sudut Peralatan dan lain-lain. Di tambah juga rak untuk penyusunan buku teks di bahagian perpustakaan, rak bahan CD dan rak peralatan muzik di Bilik ABM.

Tujuan dan matlamat khidmat bantu ini tercapai dengan komitmen yang tinggi oleh warga SK Batang Melaka dan barisan Pembantu Tadbir NBOS. Terima kasih kami ucapkan.