PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

Program Gerak Gempur Hand-Holding Penggunaan VLE di Sekolah Negeri Melaka

Program Gerak Gempur Hand-Holding Penggunaan VLE ini telah diadakan pada 16 hingga 25 Julai 2014 di sekolah-sekolah yang terpilih. Program ini bertujuan untuk memberi maklumat terkini penggunaan Frog VLE di sekolah-sekolah tersebut. Ia juga untuk membantu 3 peringat pengguna iaitu Pentadbir, Guru dan Pelajar bagi memastikan pengguna mempunyai pemahaman umum fungsi-fungsi navigasi dalam VLE dan boleh menggunakan VLE dengan baik.

Nama sekolah : Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Rembia
Pegawai yg ditugaskan : Pn. Zakiah Bt. Abu Bakar

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Rembia
Pegawai yg ditugaskan : Pn. Zakiah Bt. Abu Bakar

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Sungai Petai
Pegawai yg ditugaskan : Pn. Zakiah Bt. Abu Bakar

Nama sekolah : Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Machap Baru
Pegawai yg ditugaskan : Pn. Zakiah Bt. Abu Bakar

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Parit Melana
Pegawai yg ditugaskan : Pn. Zakiah Bt. Abu Bakar

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Melaka Pindah
Pegawai yg ditugaskan : Pn. Zakiah Bt. Abu Bakar

Nama sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal
Pegawai yg ditugaskan : Pn. Zakiah Bt. Abu Bakar

Sejuta penghargaan kepada sekolah yang terlibat bagi menjayakan program ini dengan lancar dan tiada masalah sepanjang program dijalankan. TQ

MODUL PEMANTAPAN VDI THIN CLIENT 2014

Berikut adalah modul untuk membantu sekolah menyelesaikan masalah yang dihadapi yang melibatkan makmal komputer VDI Thin Client.

Untuk sekolah yang mempunyai Makmal VDI Client Thin Server 
(SK Jus & SJKC On Lok)
1. Modul 1 Pemantapan VDI Thin Client 2014
2. Modul 2 Pemantapan VDI Thin Client 2014
3. Modul 3 Pemantapan VDI Thin Client 2014

Boleh juga didapati di bahagian Muaturun.

Terima kasih.

PEMASANGAN MULTI POINT SERVER UNTUK MAKMAL HP MULTISEAT

Untuk makluman awal, kedua-dua syarikat iaitu syarikat Trustwell Sdn. Bhd. dan syarikat Mutiara Smart Computing Sdn. Bhd akan melaksanakan pemasangan semula perisian multi point server pada host yang bermasalah di setiap sekolah untuk memastikan semua host berfungsi sepenuhnya.

Sehubungan dengan itu, mohon sekolah ahli PKG Selandar iaitu SK Seri Machap untuk membuat aduan kerosakkan item di meja bantuan syarikat masing-masing supaya syarikat masing-masing dapat menyediakan alat ganti semasa turun ke sekolah.

Tarikh pemasangan akan dimaklumkan untuk perhatian dan tindakan sekolah. Urus setia projek akan memohon kebenaran masuk ke sekolah untuk aktiviti pemasangan tersebut. Kerjasama tuan/puan amatlah kami hargai.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pihak PKG. Terima kasih.