PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

Khidmat Bantu SK Batang Melaka

Tarikh : 27 September 2012
Masa : 8.30 pagi hingga 4.45 petang
Tempat : SK Batang Melaka

Yang terlibat :
1. En. Mohd Faiz B. Mohd Zin (FT SK Bukit Senggeh)
2. Pn. Nurulaini Bt Hashim (FT SK Seri Machap)
3. Cik Dorothy Magdalena Bt. George (FT PKG Selandar)
4. Pn. Rohana Bt. Abdullah (Guru Penyelaras ICT)
Sebanyak 5 buah PC telah berjaya dirangkaikan dan boleh digunakan oleh pelajar dan guru. 6 buah lagi mempunyai masalah seperti tiada paparan, power supply rosak dan motherboard. Terdapat juga 6 buah laptop telah reformat dan dimasukkan perisian-perisian basic. Rangkain internet dalam keadaan baik dan setiap LAN dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

Smart School Qualification Standards (SSQS) 2012

Status Penarafan sekolah ahli PKG Selandar 06 September 2012.
klik untuk gambaran lebih jelas

** Mohon kerjasama Guru Penyelaras ICT dan Guru Penyelaras Bestari sekolah ahli yang belum mencapai 100% penarafan untuk memantau SSQS sekolah masing-masing. Kerjasama anda amatlah dihargai.

** Tahniah kepada SK Selandar, SMK Selandar dan SBP Intergrasi Selandar kerana telah mencapai 100% penarafan. Terima kasih diucapkan. 
______________________________________________________________________________

Penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) atau Kelayakan Standard Sekolah Bestari bagi Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) akan dibuat bermula pada 1 Ogos hingga 09 September 2012.

Diharap sekolah ahli PKG Selandar mematuhi tarikh yang ditetapkan untuk kelancaran penarafan kali ini. Kerjasama anda amat dihargai. Jika ada sebarang masalah , sila hubungi pegawai BTPN/PKG yang berhampiran.

Klik disini untuk ke portal SSQS.

Penverifikasikan terhadap Penarafan SSQS bagi tahun 2012 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) bersama Bahagian Teknologi Pendidikan  ke sekolah-sekolah akan bermula pada 9 hingga 21 September 2012.

Kemaskini** (03.08.2012)
Sila gunakan " Tag nombor" yang baru diupdate bermula jam 12.30tghari,16 Julai 2012 bagi tujuan pengisian data SSQS. Harap Maklum.