PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

Anti Virus Kaspersky 2011 Workstation

Kepada Semua Guru ICT / Penyelaras Bestari Sekolah Ahli PKG Selandar ,

Salam 1 Malaysia,

Berikut adalah lesen Kaspersky 2011 daripada pihak TM untuk sekolah yang melanggan TM sahaja. Sebelum memasang anda dinasihatkan unistall (membuang) Kaspersky yang mungkin telah ada di PC sekolah sebelum ini kerana ianya telah expired tempoh lesennya.

Mohon Guru ICT / Penyelaras Bestari atau Juruteknik sekolah untuk membantu.

1. Remove antivirus lain yang mungkin telah ada di PC sekolah. Kaspersky versi lama boleh gunakan tools ini. Klik disini untuk muat turun.

2. Install Kaspersky 2011 (lesen 1 tahun) windows XP. Klik disini untuk muat turun.

3. Jika ada sekolah masih menggunakan windows 98 (version lama sahaja). Sila klik disini untuk muat turun.

Lesen ini adalah hak milik Kementerian Pelajaran Malaysia jangan salah gunakan lesen yang diberikan kepada tuan/puan.


Sekian , terima kasih.

BTPN CERGAS

Kelab Kebajikan & Rekreasi BTPN/PKG Negeri Melaka telah menganjurkan Program Riadah di Pusat Kokurikulum JPM, Merlimau pada 12 Februari 2011. Program sehari tersebut telah diisi dengan aktiviti senamrobik, berkayak, water-confident dan flying-fox.

Program telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Nor bin Hj Abu, KPP BTPN Melaka. Seramai lebih 50 orang warga BTPN/PKG telah menyertai program ini dan rata-rata menyatakan kegembiraan dan berharap agar program seperti ini diadalah lebih kerap.

Maulidur Rasul BTPN Melaka 2011


Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat BTPN Melaka telah diadakan pada 11 Februari 2011 yang lalu. Sambutan dimulai dengan perarakan dan selawat nabi dari perkarangan BTPN Melaka ke Dewan Al Khawarizmi. Ceramah agama telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Hj Abd Aziz Abdullah dari Kolej Universiti Islam Melaka.

MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Menteri Pelajaran Malaysia adalah jawatan politik tertinggi di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia. Menteri Pelajaran akan menguruskan pendidikan sekolah di Malaysia.

Menteri Pelajaran Malaysia sekarang ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pelajaran Malaysia ke-16.


1. Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussien (1955-1957)
2. Mohamed Khir Johari (1957-1959)
3. Abdul Rahman Talib (1959-1965)
4. Mohamed Khir Johari (1965-1968)
5. Tun Hussien bin Dato' Onn (1970-1973)
6. Tun Dr. Mahathir Mohamad (1974-1978)
7. Tun Musa Hitam (1978-1981)
8. Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud (1982-1984)
9. Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi (1984-1986)
10. Tun Abdul Rahman Yakub (1969-1970)
11. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (1986-1991)
12. Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud (1991-1995)
13. Najib bin Tun Haji Abdul Razak (1995-1999)
14. Tan Sri Dato Seri Musa Mohamad (1999-2004)
15. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (2004-2009)
16. Tan Sri Muhyiddin Yassin (2009-Kini)

Taklimat Pengurusan GPB/GICT Sekolah 2011

Kepada Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT sekolah ahli PKG Selandar ,

Sukacita dimaklumkan , taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17 Februari 2011
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

Untuk makluman , surat telah diedarkan ke sekolah masing- masing.

Kehadiran tuan/puan adalah wajib bagi mengelakkan permasalahan berlaku kelak dan kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Taklimat Pengurusan GPM/Penyelaras PSS Sekolah 2011

Kepada GPM/Penyelaras PSS sekolah ahli PKG Selandar ,

Sukacita dimaklumkan , taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 Februari 2011
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Selandar

Untuk makluman , surat telah diedarkan ke sekolah masing- masing.

Kehadiran tuan/puan adalah wajib bagi mengelakkan permasalahan berlaku kelak dan kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

SCHOOLNET WEB


Berikut merupakan halaman sesawang yang boleh dikongsi bersama GPB/GICT sekolah ahli PKG Selandar. Sekolah boleh menjadi ahli dan membina blog di dalamnya. Diharapkan GPB/GICT sekolah ahli PKG Selandar dan Juruteknik sekolah menggunakan halaman ini sebagai maklumat yang berguna.

Inginkan maklumat lanjut , sila klik disini.