PUSAT KEGIATAN GURU SELANDAR, MELAKA
NBOS Speedtest STS Login

Lanjutan mengenai SPPICTS

Ketua Unit Data, Sektor Dasar BTP telah menghantar email mengenai SPPICT keseluruhan dan amat mendukacitakan bahawa keputusan pungutan tidak mencapai sasaran yang dikehendaki iaitu 5.37% sahaja setelah SPPICTS dibuka 9 hari yang lepas.

Kepada GPB/GICT sekolah ahli PKG Selandar, sila ambil maklum bahawa pungutan data akan ditutup pada 9 April 2010 dan tidak akan dilanjutkan lagi. Mohon kerjasama anda untuk mengisi data tersebut sebelum tarikh tutup untuk mengelak dari gangguan trafik pada tarikh akhir tersebut.

Pemantauan SPPICTS oleh PKG

Dimaklumkan bahawa Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah sedang dilaksanakan bermula dari 21 Mac hingga 9 April 2010. Terdapat beberapa kesilapan dilakukan oleh pihak sekolah ketika menjawab kerana terdapat sekolah yang tidak menjawab dimensi baru. Dimensi yang perlu dijawab adalah seperti berikut;

1. Pusat Akses Sekolah (hanya sekolah terlibat)
2. Makmal Komputer (Wajib dijawab)
3. Capaian Internet (Wajib dijawab)
4. Perisian Kursus (wajib dijawab)
5. Peralatan PPSMI (Wajib dijawab)
6. Perkongsian Pintar (hanya sekolah terlibat)
7. EduwebTV (Wajib dijawab)
8. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran (Wajib dijawab)

Sila klik Disini untuk maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.

Majlis Jasamu Dikenang Wawasanmu Berterusan

Majlis Persaraan Tn. Hj. Sa'adon B Baharum telah diadakan pada 22 Mac 2010 ( Isnin ) pada 11.00 pagi bertempat di Dewan SMK Selandar. Aturcara majlis berjalan dengan lancar dan begitu meriah sekali dengan persembahan dari pelajar-pelajar sekolah tersebut. Berikut merupakan gambar yang sempat diambil :

Adik-beradik ni...=) (Ting.4 dan Ting.5)

Persembahan Nasyid...sungguh menarik =)

Tn. Hj. Isa B Hj. Abu, Pengarah JPN Melaka
turut hadir dan memberi ucapan

Kutipan Data SPPICTS 2010

Tarikh kutipan data Pemantauan Inisiatif ICT di Sekolah bagi 2010 telah ditetapkan seperti berikut :

Kutipan Pertama : 21 Mac sehingga 09 April 2010
Kutipan Kedua : 20 Jun sehingga 09 Julai 2010
Kutipan Ketiga : 19 September sehingga 08 Oktober 2010

Aplikasi SPPICTS boleh diakses secara online untuk mendapat makluman terkini dan muat turun manual pengguna.

Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran (KPKPM)

Berita baik untuk para ibu bapa, warga pendidik, para pelajar serta rakyat Malaysia seluruhnya. Kementerian Pelajaran membuka ruang lebih luas untuk pertanyaan kita semua berkaitan perkhidmatan pendidikan di negara ini.

Datuk Seri Hishamuddin telah melancarkan Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPKPM) yang merupakan pusat sehenti yang lebih sistematik dan bersepadu bagi mengendalikan pertanyaan, maklum balas dan menerima cadangan. KPKPM ini boleh diakses melalui melalui 3 saluran:

  1. telefon: 03-7723 7070
  2. e-mel : kpkpm@moe.gov.my
  3. laman web : www.moe.gov.my.
Katanya, ia merupakan fasa awal penambahbaikan sistem penyampaian di kementerian itu yang akan dikaji dan diperbaiki dari semasa ke semasa, termasuk kemungkinan menukar nombor itu kepada nombor talian bebas tol.

Sistem yang diuruskan Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui kontrak bernilai RM8 juta bagi tiga tahun itu dibuka mulai hari ini dan akan beroperasi setiap Isnin sehingga Jumaat bermula pukul 8 pagi sehingga 5.30 petang kecuali cuti umum.

(Sumber: Kenyataan akhbar - 06-02-2009)

Semoga ini memberi peluang kepada ibu bapa khususnya, untuk bertanya berkaitan isu-isu permohonan, semakan dan rayuan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Seni atau juga Sekolah Sukan Malaysia.

Sebagai makluman, MRSM bukan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia, ia adalah sub-agensi MARA di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi.

Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

Dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka akan menganjurkan bengkel berkenaan pada butiran seperti berikut :

Tarikh : 8, 9 dan 10 Mac 2010
Hari : Isnin, Selasa dan Rabu
Masa : 2.00 - 5.00 ptg
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Jasin,
d/a SK Jasin, 77000 Melaka
Pendaftaran : 2.15 ptg

Tujuan bengkel ini ialah untuk membantu mempertingkatkan kefahaman dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah dan membudayakan penggunaan Pusat Sumber Sekolah di kalangan guru dalam pembelajaran seterusnya membantu mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar.

Berikut senarai peserta bengkel sekolah ahli PKG Selandar :

1. NORAZLINA BINTI RAMLAN
2. LATIPAH BINTI JANTAN
3. CHOONG LEE CHING
4. NOORAZLINA BINTI AB KARIM
5. KAMIL BIN MOHD ISKAH
6. IDZIHAR BINTI KAMIL

Taklimat Pengurusan dan Penggunaan Media dan ICT

Tarikh : 2 Mac 2010
Hari : Selasa
Masa : 2.00 - 5.00 ptg
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Selandar



Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan dari aspek penggunaan dan pengurusan bahan pelbagai media dan ICT di peringkat sekolah. Ini akan membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bestari yang berkesan.

Terima kasih diatas kehadiran GPB/GICT ke taklimat ini dan kerjasama anda amat kami hargai.